Wednesday, February 25, 2015

Had Pengeluaran KWSP Untuk Pelaburan Saham Unit Amanah


Setiap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikehendaki mempunyai sejumlah wang simpanan minima didalam akaun 1 KWSP. Ini adalah sebahagian dari langkah-langkah yang diambil oleh pihak KWSP bertujuan menjaga baki simpanan asas menjelang umur persaraan setiap peserta. Berikut adalah jadual simpanan asas bagi peserta KWSP berdasarkan pada umur sewaktu pengeluaran.

Had Pengeluaran KWSP Untuk Pelaburan Saham Unit Amanah


had keluaran kwsp untuk unit trust
Jadual Had Pengeluaran KWSP Untuk Pelaburan Saham Unit Amanah

Dalam jadual di atas, sebagai contoh, peserta yang berusia 50 tahun perlu mempunyai baki simpanan minima sebanyak RM143,000 manakala peserta yang berusia 40 tahun hanya perlu mempunyai baki simpanan minima sebanyak RM69,000.

Apa yang perlu anda ketahui ialah lebih muda usia seseorang peserta, lebih banyak wang yang boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan saham unit amanah.

Formula had pengeluaran ialah :
(Jumlah Simpanan Dalam Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%

Berikut adalah contoh-contoh pengiraan had keluaran yang dibenarkan oleh KWSP :

Contoh 1 : 
Ali berusia 40 tahun dan mempunyai sejumlah RM89,000 didalam akaun 1. Had keluaran : (RM89,000 - RM69,000) x 20% = RM4,000

Contoh 2 : 
Abu berusia 50 tahun dan mempunyai sejumlah RM153,000 didalam akaun 1. Had keluaran : (RM153,000 - RM143,000) x 20% = RM2,000

Anda tentu dapat melihat perbezaan had pengeluaran KWSP untuk pelaburan saham Unit Amanah adalah berdasarkan usia. Walaupun En. Abu mempunyai simpanan yang banyak didalam akaun 1 tetapi wang yang boleh dikeluarkan untuk pembelian saham unit amanah adalah kecil.


kwsp (epf)
Logo KWSP
Maka dengan itu, melaburlah sewaktu muda untuk kesenangan di masa tua.


Bagaimana Mengeluarkan Wang KWSP
Apakah seseorang itu boleh mengeluarkan wang KWSP dan terus ke kaunter bank untuk pembelian unit-unit saham amanah? Jawapannya tidak sama sekali. Pengeluaran mestilah melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. IPD ini pula mempunyai ejen-ejen berlesen di seluruh negara. Pastikan anda berurusan dengan ejen-ejen yang tinggi ilmu pengetahuan tentang pelaburan saham unit amanah.

Pastikan juga anda hanya didatangi oleh ejen-ejen yang bertauliah. Hanya individu yang berdaftar dengan FIMM sebagai Perunding dibenarkan untuk mempromosi dan memasarkan skim-skim unit amanah. Anda sebagai orang awam dinasihatkan untuk melaporkan ke FIMM di talian 03-2092 3800 atau ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sekiranya terdapat individu yang melakukan aktiviti-aktiviti di atas.

Anda boleh menyemak status seseorang ejen itu di sini.





22 comments :

  1. bagus la,,nak tunggu div 55 thn lamo ooii.. skrg ni nk pky duit div tu tuk bli mas pulok..huhu

    ReplyDelete
  2. kurang faham saya, tuan nak pakai duit dividen epf untuk beli emas?

    ReplyDelete
  3. dividen kite bole amik ke kalo melabur dari kwsp ni,,

    ReplyDelete
  4. jika melabur dari skim kwsp ni, dividen tak boleh ambil. Tapi dividen boleh dimasukkan kembali ke akaun KWSP. Ini menjamin simpanan masa depan pencarum KWSP

    ReplyDelete
  5. Duit yg kita labur kt asb2 tu boleh keluarkan x?

    ReplyDelete
  6. boleh perjelaskan , kos yg perlu ditanggong bagi prosess nie....

    ReplyDelete
  7. tiada kos di pihak pelabur cuma 3% diambil oleh syarikat dari jumlah pengeluaran untuk caj bayaran pengurusan dan komisyen. PElabur tidak perlu keluar duit dari poket sendiri

    ReplyDelete
  8. Pelaburan yg mengunakan kwsp ni ASB2, tempaoh matang sampai bila? di beritahu bahawa kalau melabur kwsp kat asb2 ni...meman tak boleh ambik. (tak di beritahu bila boleh ambik. mohon penjelasan dari yang arif.Terima kasih.

    sekian.

    ReplyDelete
  9. Sya kurang arif ttg pengeluaran melalui saham nie....bolehkah dpat terangkan langkahnya....bgaimana nak kelurakan duit EPF kita tu

    ReplyDelete
  10. masalah nya sy berminat tp tak layak hak hak sbb dh bertahun x keje ...jd suri rumah...dlu kje pon kejap je.. lbih bnyk kje sendiri.... now epf just ada 22k je .. account 1 ada lah sikit dlm 13+++ mxm tu abeh cane..umor pon dh 35

    ReplyDelete
  11. @manja haiqal - sila mesej saya di 012-4670858. Saya akan terangkan.

    ReplyDelete
  12. @Captain Hinra - sila mesej saya di 012-4670858. Saya akan terangkan.

    ReplyDelete
  13. Nak tanya kalau saya nk guna duit dari kwsp saya untuk beli saham asb boleh tak dan nanti rividen asb tu saya boleh ambil tak

    ReplyDelete
  14. hai, saya berumur 30. kalau ikutkan jadual diatas, simpanan asas akaun 1 = 27k. Sedih nye...akaun 1 sya cuma 14k. so menang takde harapan la ni?

    ReplyDelete
  15. @salleh lala - tak boleh keluarkan dividen

    ReplyDelete
  16. Tuan anonymous - boleh invest secara tunai bulanan. Wasap saya di 012-4670858

    ReplyDelete
  17. Sy nak tau gak mcm mana tu. Sy x bekerja dh lagi. Dlm kwsp akaun 1 ada rm20k jer. Umur tahun ni 34. Bileh terangkan x?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, umo saya 29 tahun dan epf saya ada 59k,account 1 ada dlm 40k ... Boleh x saya melabur? Dan berapa pulangan yg saya akan dapat sekiranya melabur acc 1 saya tersebut. Ni no saya 0182400526 whatsapp

    ReplyDelete
  19. hi ...saya dh melabur didalam p. mutual, bagaimana pula dengan ASB.. melalui agent juga?

    ReplyDelete
  20. boleh ke labur unit trust yg lain selain dari Asb..kecamuk ni..

    ReplyDelete
  21. Labur ASB2 guna kwsp sekarang. Apabila telah berusia 55, apakah wang di ASB2 boleh digunakan terus atau perlu di kembalikan kepada kwsp sebelum wang tersebut boleh dikeluarkan?

    ReplyDelete
  22. minimum umur berapa pengeluaran utk pelaburan ASB

    ReplyDelete

Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.