Pakcik : "Nak...hari ni brape haribulan?"
Pemuda : "Hari ni 10 November 2014."
Pakcik : "Hah...lega rasanya."
Pemuda : "Kenapa pulak rasa lega?"
Pakcik : "Takde la...pakcik ni nak simpan 14,000 ringgit dalam ASB. Nanti bulan Januari tahun depan kalau PNB bagi 8%, dapatlah pakcik paling kurang 1120 ringgit."
Pemuda : "ehmmm...cekap pakcik kira tapi cara kiranya lain pakcik. Pakcik takkan dapat 1120 ringgit."
Pakcik : "Ye ke! Abis tu... apa yang 8% setahun tu?"
Sebenarnya ramai pun yang masih lagi keliru dengan cara kira dividen ASB. Sepertimana sesetengah orang menganggap bahawa caj faedah kad kredit hanya 2% sedangkan itu hanyalah caj faedah untuk sebulan. Jika setahun, sudah tentulah 2% x 12 = 24%. Banyak ke sikit tu?
Berbalik kepada tajuk cara kira dividen ASB, seseorang yang menyimpan wang di akaun ASB pada awal tahun MESTI mendapat lebih imbuhan berbanding dengan mereka yang memasukkan wang ke akaun ASB pada hujung tahun. Apa maksudnya? Begini....
Cara Kira Dividen ASB |
Akaun Ali
Pada 1 Jan 2014, baki akaun Ali adalah RM1,000.
Pada 10 Januari 2014, Ali memasukkan RM10,000.
Pada 23 Januari 2014, Ali mengeluarkan RM3,000.
Pada 28 Januari 2014, Ali memasukkan RM5,000.
Selepas 28 Januari 2014, Ali tidak membuat sebarang tambahan atau pengeluaran sehingga hujung tahun.
Akaun Pak Abu
Pada 1 Jan 2014, baki akaun Pak Abu adalah RM1,000.
Pak Abu memasukkan RM14,000 pada 10 November 2014
Selepas 10 November 2014, Pak Abu tidak membuat sebarang tambahan atau pengeluaran sehingga hujung tahun.
Dibawah ini ditunjukkan baki terendah akaun Ali dan Pak Abu di sepanjang tahun.
Akaun Ali
Baki terendah Jan 2014 = RM1,000
Baki terendah Feb 2014 = RM13,000 (1,000 + 10,000 - 3,000 + 5,000)
Baki terendah Mar 2014 = RM13,000
Baki terendah Apr 2014 = RM13,000
Baki terendah Mei 2014 = RM13,000
Baki terendah Jun 2014 = RM13,000
Baki terendah Jul 2014 = RM13,000
Baki terendah Ogo 2014 = RM13,000
Baki terendah Sep 2014 = RM13,000
Baki terendah Okt 2014 = RM13,000
Baki terendah Nov 2014 = RM13,000
Baki terendah Dis 2014 = RM13,000
Akaun Pak Abu
Baki terendah Jan 2014 = RM1,000
Baki terendah Feb 2014 = RM1,000
Baki terendah Mar 2014 = RM1,000
Baki terendah Apr 2014 = RM1,000
Baki terendah Mei 2014 = RM1,000
Baki terendah Jun 2014 = RM1,000
Baki terendah Jul 2014 = RM1,000
Baki terendah Ogo 2014 = RM1,000
Baki terendah Sep 2014 = RM1,000
Baki terendah Okt 2014 = RM1,000
Baki terendah Nov 2014 = RM1,000
Baki terendah Dis 2014 = RM15,000 (1,000 + 14,000)
Baki Buku Akaun ASB Pada Bulan Disember
Akaun Ali = RM 13,000
Akaun Pak Abu = RM 15,000
Jumlah Baki Terendah Setiap Bulan
Akaun Ali
1,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000 + 13,000
= 144,000
Akaun Pak Abu
1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 1,000 + 15,000
= 26,000
Purata Baki Terendah Untuk Tempoh 12 Bulan
Akaun Ali : 144,000 / 12 bulan = 12,000
Akaun Pak Abu : 26,000 / 12 bulan = 2,166.67
Cara Kira Dividen ASB
Formula : Purata Baki Terendah Untuk Tempoh 12 Bulan x Kadar Dividen
Akaun Ali
12,000 x 8% = RM 960
Akaun Pak Abu
2,166.67 x 8% = RM 173.33
Ali menerima dividen sebanyak RM 960 manakala Pak Abu hanya menerima RM 173.33.
Ulasan :
Jika dilihat pada baki buku akaun, akaun Pak Abu lebih tinggi iaitu RM15,000 sedangkan akaun Ali hanya RM13,000 pada hujung tahun. Bagi pihak yang menerima wang dari pelabur, sudah tentu mereka mengutamakan pelabur yang menyimpan sejumlah wang yang besar untuk tempoh yang lama.
Dalam hal ini Perbadanan Nasional Berhad selaku pihak yang menguruskan Amanah Saham Bumiputera (ASB) mempunyai wang sebanyak RM13,000 dari Ali sejak bulan Februari. Manakala, PNB hanya menerima wang RM14,000 dari Pakcik Abu pada bulan November. Untuk pengiraan dividen, jumlah wang yang dilabur beserta tarikh wang dilaburkan merupakan elemen penting dalam pengiraan dividen.
Adalah tidak adil buat seseorang pelabur yang bertindak lebih awal melabur tetapi mendapat imbuhan yang sedikit berbanding mereka yang melabur di saat-saat akhir ketika menghampiri tarikh pembekuan akaun. Harap anda telah memahami bagaimanakah cara kira dividen ASB. Oh ye...PNB juga memberikan bonus kepada pelabur serentak dengan tarikh pengumuman kadar dividen. Terlalu panjang pula posting ini jika saya perincikan di sini. Sila ke Cara Kira Bonus ASB.
Terbaik..tq diatas penerangan ini..
ReplyDeleteTerbaik..tq diatas penerangan ini..
ReplyDeleteTerbaik..tq diatas penerangan ini..
ReplyDeleteSelain melabur dlm asb ada lagi ke pelaburan yg menguntungkan seperti ini?
ReplyDelete