Thursday, October 24, 2013

Menjelang Bajet 2014

Bajet 2014 sedang hangat dibincangkan samada di laman-laman Web, di kedai-kedai kopi, didalam kenderaan awam, di pejabat, atau boleh dikatakan di mana-mana sahaja tanpa mengira sempadan waktu dan tempat.

Apakah bajet 2014 lebih memihak kepada rakyat dan lebih baik dari bajet 2013. Tidak sabar rasanya untuk melihat kesannya kepada pelaburan semasa dan akan datang. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Malaysia, MalaysiaKu Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Cadangan paling banyak diterima laman web Bajet2014

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu kos sara hidup adalah cadangan paling banyak yang disalurkan orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014. 
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan itu sudah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya.


"Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi isu yang amat penting. Justeru, pelbagai inisiatif diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, berikutan ketidaktentuan ekonomi global” Najib Razak, Perdana Menteri

“Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi isu yang amat penting kerana ia membabitkan kehidupan kita secara langsung.

“Justeru, pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, berikutan ketidaktentuan ekonomi global,” katanya menerusi blog www.1malaysia.com dan laman Twitternya yang bertajuk ‘Bajet 2014 : Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup,’ semalam.

Najib berkata, antara inisiatif yang disambut baik oleh rakyat setakat ini ialah pembukaan 99 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di lokasi strategik di seluruh negara.

Rancang tambah KR1M
Selain itu, Najib berkata, kerajaan merancang menambah KR1M supaya lebih banyak rakyat menikmati pembelian barang keperluan pada harga rendah.

Beliau berkata, program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga mendapat sambutan baik.

“Ternyata banyak rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif membantu rakyat mendapatkan makanan berkualiti dengan harga murah,” katanya.

Ajak kongsi idea

Pada 23 Ogos lalu, Perdana Menteri mengajak rakyat untuk berkongsi pandangan dan idea dalam lama web mikro #Bajet 2014.

Beliau akan membentangkan Bajet 2014 di Parlimen, esok. - BERNAMA


Sumber : Berita Harian 24/10/2013

KWSP Terima Anugerah CCAM

KWSP Simpanan Hari Tua
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali KWSP telah menerima anugerah sebagai Pusat Perhubungan Dalaman Panggilan Masuk (Inbound) bagi 100 Kedudukan Terbaik. KWSP yang merupakan simpanan menjelang persaraan diwujudkan bagi membantu pekerja yang bekerja dibidang swasta mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak di usia 55 tahun. Namun begitu adakah simpanan anda mencukupi apabila bersara kelak. Inilah yang sentiasa menrungsikan kita, apabila kita bersara nanti. Wang yang kita ada pada masa ini haruslah dilaburkan secara bijak.
_______________________________________________________
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinobatkan sebagai Pusat Perhubungan Dalaman Panggilan Masuk (Inbound) bagi 100 Tempat Duduk Terbaik dan memenangi tempat pertama Anugerah Pusat Perhubungan Kerajaan Terbaik. 

Anugerah itu diberikan oleh Pertubuhan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) kepada organisasi yang melaksanakan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan pelanggan dan pusat perhubungan serta organisasi yang memperlihatkan proses kelas terbaik, pengurusan sumber dan melaksanakan strategi yang memenuhi kehendak pelanggan.

Penganugerahan disampaikan dalam majlis anugerah tahunan ke-14 Industri Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pusat Perhubungan.

Usaha berterusan
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata usaha berterusan berhasil kerana Indeks Kepuasan Pelanggan mencatatkan peningkatan stabil tahun demi tahun.

“Tahun lepas, ia meningkat kepada 94.82 peratus, daripada 93.09 peratus pada 2011. Kami percaya ini menyumbang kepada kejayaan kami meraih anugerah CCAM ini,” katanya.

Pada majlis sama, Pusat Panggilan 1Malaysia memenangi tempat kedua, manakala pusat panggilan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tempat ketiga.


Sumber : Berita Harian  24/10/2013

                                      

Tuesday, October 22, 2013

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Secara Terperinci

Bahagian I - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Kelayakan
  • Rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 58 tahun
  • Pendapatan isi rumah kasar antara RM500 dan RM3,000
  • Pemohon tidak boleh diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Apa-apa terma lain yang ditetapkan oleh bank-bank
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak boleh menjadi peserta atau waris mana-mana program Kerajaan yang berkaitan ASNB :
  • Program Pembangunan Rakyat Termiskin
  • ASB Sejahtera dan
  • ASW2020-Bandar
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak mempunyai apa-apa pelaburan dalam produk unit amanah ASNB ATAU pemohon dan/atau pasangan (rumah) mempunyai pelaburan agregat gabungan kurang daripada RM10,000 dalam semua produk ASNB.
  • Status akaun unit amanah ASNB adalah tidak bermasaalah
  • Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) seperti yang ditetapkan dan juga bergantung kepada baki yang masih ada :
  • Bumiputera - 50%;
  • Cina - 30%;
  • India - 15% , dan
  • Lain-lain - 5%
  • Hanya satu anggota keluarga yang layak untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan untuk pinjaman di satu bank tertentu sahaja.
Dokumen Yang Diperlukan
  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Malayan Banking Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
Dokumen Sokongan (Jika Perlu)
  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
  • Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
  • Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ialah satu skim khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menarik penyertaan dari golongan berpendapatan rendah untuk menyimpan dan melabur. Ianya sebahagian dari usaha membantu mereka menangani kesan dari peningkatan kos sara hidup.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia diwujudkan dengan kerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan beberapa intitusi kewangan yang terpilih. Melalui skim ini, setiap rakyat Malaysia yang layak akan mempunyai peluang memohon pinjaman sebanyak RM5000 dari intitusi kewangan yang terpilih untuk melabur didalam Amanah Saham 1Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) disamping menerima insentif bayaran yang menarik.

Amanah Saham Nasional Berhad adalah anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab menguruskan tabung unit amanah Amanah Saham 1Malaysia.

Ciri-ciri Khas SARA 1Malaysia
Unit-unit tambahan akan diberikan kepada peserta sebagai insentif bulanan.
Bayaran minimum bulanan selama 5 tahun oleh peserta.
Insentif bayaran akan diberikan untuk tempoh bayaran balik selama 5 tahun. Peserta hanya perlu memastikan baki minima sebanyak 100 units dikekalkan dalam buku unit amanah AS 1Malaysia.

Pinjaman Kewangan

  • Pinjaman sebanyak RM5000
  • Pinjman adalah dengan tujuan pembelian unit AS 1Malaysia.
  • Permohonan terus dibuka selagi masih ada unit-unit AS 1Malaysia yang belum terjual.
  • Peserta akan gugur kelayakannya bila mana :
  • memberikan maklumat palsu sewaktu permohonan 
  • diisytiharkan muflis
  • peserta meninggal dunia 
  • peserta mempunyai tunggakan bayaran sebanyak 3 kali bayaran bulanan secara berturutan.
Bahagian II - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

CIMB Wealth Advisors Berhad Kini Beroperasi Dibawah CIMB Principal Asset Management Berhad

Dahulunya CIMB Wealth Advisor Berhad (CWA) yang merupakan anak syarikat kepada CIMB Principal Asset Management Berhad (CIMB-Principal) telah memindahkan segala urusan perniagaannya kepada syarikat induknya, CIMB-Principal berkuatkuasa 21/8/2013.

Ini adalah lanjutan dari langkah-langkah yang diambil oleh syarikat untuk memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang lebih baik disamping meningkatkan keberkesanan tahap perkhidmatan mereka.


 




CIMB Wealth Advisors Berhad (209627H)
Head Office
52 & 54, Jalan SS21/39
Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Selangor
Customer Care Centre (03) 7718 3000 




 


CIMB Wealth Advisors Berhad
50, 52, & 54
Jalan SS21/39
Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Wednesday, October 02, 2013

Unit Amanah Kini Menggemparkan

Unit Amanah kini menggemparkan semua rakyat Malaysia dengan pulangan yang agak tinggi berbanding dengan pulangan dari simpanan tetap di bank-bank tempatan. Risiko pelaburan dalam unit amanah adalah amat rendah berbanding dengan pelaburan yang dibuat melalui kaunter-kaunter saham terpilih di Bursa Saham Kuala Lumpur
Unit Amanah atau lebih mesra dipanggil sebagai Unit Trust diwujudkan sebagai platform alternatif untuk mereka yang ingin melabur pada modal rendah dan rendah risiko disamping mensasarkan hasil pulangan yang tinggi.
Ikuti posting-posting selanjutnya dalam laman web Unit Amanah Kini yang akan mengupas mengenai pelaburan unit amanah buat rujukan semua.