Thursday, February 26, 2015

Apakah Itu Saham Unit Amanah

Tiga perkataan Saham Unit Amanah. Ada yang selesa memanggil Unit Saham Amanah dan rasanya ramai juga yang boleh menerima panggilan didalam bahasa Inggeris - Unit Trust. Pernahkah anda mendengar Public Mutual? Tentu ramai tahu. Jika di negara Amerika, Unit Trust dikenali sebagai Mutual Fund.

Apakah Itu Saham Unit Amanah

harga saham pnb
Harga Saham PNB
Secara ringkasnya, Saham Unit Amanah adalah satu bentuk pelaburan yang menghimpunkan wang pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau lain-lain aset yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) seperti CIMB Wealth Advisor, Public Mutual. Kakitangan professional yang berada di IPD akan menguruskan wang pelabur dengan melakukan urusan pelaburan ke atas cabang-cabang pelaburan terpilih dengan satu matlamat iaitu memaksimakan keuntungan. Golongan professional tersebut dipanggil Pengurus Dana Professional.

Pengurus dana professional akan melakukan pelaburan ke atas dana yang terkumpul samada melalui cabang-cabang pelaburan yang berikut :

  • Tunai
  • Bon dan Deposit
  • Saham
  • Hartanah
  • Komoditi
Pembelian Saham Unit Amanah adalah berdasarkan kepada Unit dan Net Asset Value (NAV). Adakalanya berkongsi cerita dengan mengguna-pakai perkataan berbahasa Inggeris adalah lebih jelas kerana dibimbangi terjemahan mungkin mendatangkan kekeliruan. NAV dikenali sebagai Nilai Asset Bersih (NAB).

Ini bermaksud setiap ringgit yang dilaburkan oleh pelabur akan ditukar kepada unit-unit dengan membahagikan jumlah pelaburan (dalam RM) dengan NAV sesebuah portfolio. Bilangan unit yang dipegang oleh pelabur adalah bergantung kepada NAV pada tarikh pembelian dan juga jumlah wang yang dilaburkan. Maka, dari saat tarikh pembelian, NAV akan turun naik dan nilai pelaburan anda juga akan turut berubah. Sekiranya nilai NAV semakin meningkat, anda mungkin sudah boleh berkira-kira untuk menjual unit-unit yang dipegang. Namun demikian jangkamasa pelaburan saham unit amanah adalah mid to long term investment bagi memaksimakan pulangan. Anda dinasihatkan untuk menyimpan untuk tempoh tertentu sebelum mengambil keputusan untuk menjual unit-unit yang ada. Berbincanglah dengan perunding anda bagi memastikan kesesuaian masa untuk menjual.

 
harga saham semasa
Contoh Harga Saham Pada 25/2/2015. Dipetik dari laman Web CWA.



Bagaimana mengurangkan risiko saham unit amanah?
Untuk mengurangkan risiko saham unit amanah, anda dinasihatkan untuk mendisiplinkan diri untuk membeli unit-unit baru secara berkala, contohnya setiap bulan. Kelebihannya di sini ialah anda membeli pada harga yang berbeza iaitu ada harga rendah dan ada harga tinggi di sepanjang tahun. Strategi ini jauh lebih baik berbanding jika anda meletakkan selonggok wang untuk membeli unit-unit baru. Bagaimana jika pada tarikh tersebut harga agak tinggi? Tentu anda dapat bilangan unit yang sedikit. Tahukah anda cara-cara unit dikira?

Cara unit dikira : (Jumlah Pelaburan - Fee) / NAV

Contoh : NAV = 1.20 dan Fee = 4%

(RM100,000 - 4% dari jumlah pelaburan) / NAV
=(100,000 - 4,000) / 1.20
=80,000 unit

Graf Pelaburan Secara Tetap
Model Graf Pelaburan Secara Tetap

Sekiranya harga saham terus naik sedikit demi sedikit dan sekiranya anda membeli unit-unit baru setiap bulan, bermakna anda telah membeli unit-unit baru pada harga rendah pada setiap bulan. Setuju dengan teori ini? Teori ini memang benar untuk harga saham (NAV) yang meningkat sejak awal tahun sehingga akhir tahun. Dalam istilah pelaburan, aktiviti pembelian saham secara berkala dinamakan sebagai pelabur yang mengamalkan konsep Dollar Cost Averaging. Maksudnya kos yang timbul (harga seunit), dipuratakan untuk tempoh tertentu, jika mengikut pada contoh di graf, tempohnya adalah setahun. Jadi, pembelian pada harga rendah pada bulan-bulan tertentu akan menampung kerugian pelabur pada ketika pelabur membeli pada harga tinggi.

Bagaimana pula jika harga terus turun sejak awal tahun?
Dalam kes-kes sebegini, anda sebenarnya masih memperolehi kelebihan pada tahun tersebut kerana membeli pada harga rendah dan disarankan menyimpan untuk jangkamasa panjang dengan menunggu masa yang sesuai (iaitu ketika harga tinggi) untuk penjualan unit-unit yang dipegang.

Bacaan lain yang dicadangkan :

Does Dollar Cost Averaging Make Sense?

1 comment :

  1. Umur saya 45tahun dan simpanan kwsp saya hye rm32000.00 lebih kurang.boleh kah sy melabur dalam saham amanah.m.!?

    ReplyDelete

Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.