Monday, May 25, 2015

Labur Wang KWSP Dalam ASB2

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengambil langkah positif dengan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan sebahagian dari wang dari Akaun 1 untuk dilaburkan dalam Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).
_____________________________________


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memasukkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ke dalam senarai dana Skim Pelaburan Ahli (SPA). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Mohamad Nasir Ab Latif, berkata skim itu membenarkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam Akaun 1 untuk pelaburan dalam dana unit amanah yang diluluskan. "Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli KWSP akan dimaklumkan mengenai tarikh kuat kuasa penyenaraian ASB2 ke dalam SPA KWSP. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) berkata pemilikan ekuiti individu Bumiputera akan dipertingkat melalui pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP untuk pembelian unit ASB2.

Petikan Dari : http://www.bharian.com.my/node/56539
_____________________________________

Sepertimana yang dinyatakan, hanya 20% sahaja yang dibenarkan. Ya, 20% dari akaun 1 yang melebihi had Simpanan Asas.
Untuk memahami dengan lebih jelas, dapatkan info di sini. Pengiraannya adalah sama cuma belum dapat dipastikan berapakah had Simpanan Asas bagi ASB2. 

6 comments :

  1. Klu sekiranya kita laburkak wang epf kita asb2 adakah dividen tahunan kita boleh keluarkan?.

    ReplyDelete
  2. @Jowill Jastin : Dividen tak boleh dikeluarkan kpd tuan. Dividen labur semula atau masuk balik ke akaun epf. Ini untuk mengelakkan aktiviti mengaut keuntungan diluar epf dan asb2

    ReplyDelete
  3. sekiranya duit dari kwsp masuk ke asb, sebagai contoh saya masukkan rm5000 dari kwsp, adakah selepas itu saya boleh keluarkan duit rm5000 tersebut untuk tujuan lain?

    ReplyDelete
  4. Kwsp juga ada dividen. Kenapa ya perlu masukkan kdlm asb2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.