Fuh...jam 8:15 pagi dah mula orang beratur kat luar pejabat Pos Malaysia. Ada 2 perkara kenapa ini berlaku.
1) hari Isnin memang ramai la yang ingin buat bayaran. Terutamanya bayaran bil-bil seperti letrik, air, telefon dan sebagainya. Rata-ratanya pengunjung dalam kategori berumur yang tak suka online banking. Guna online banking memang jauh lebih senang, jimat masa dan tenaga. Rasanya kalau aku bukak laptop depan Pejabat Pos dan buatkan online banking untuk diaorang, rasa-rasanya boleh cari makan tak? Caj satu bil satu ringgit.
2) kerana awal tahun. Bila awal tahun Permodalan Nasional Berhad telah mengumumkan jumlah pulangan dalam bentuk dividen dan bonus ke atas Unit Amanah Saham Bumiputera.
Aku pergi ke Pejabat Pos bukanlah untuk mengemaskini buku pelaburan ASB tetapi untuk transaksi Western Union. Alangkah sedihnya selepas lebih kurang 30 minit menunggu untuk nombor aku dipanggil, barulah dapat tahu dari kakitangan Pejabat Pos bahawa mereka mengalami masalah dengan sistem Western Union. Dia kata "ada masalah ID, takleh masuk". Aku memang orang IT jadi aku fahamlah maksudnya. Aku tanya pula "dah lama ke problem ni". Dia jawab "dah berbulan dah". Huh, dah berbulan problem tapi masih tak diselesaikan? Mungkin sebab tak ramai yang berurusan tentang Western Union ni jadi mereka pun ambil tak kisah aje. Sepatutnya masalah macam ini tak boleh berlaku. Problem kita boleh terima tapi inisiatif nak selesaikan problem itu penting. Kenapa la tak dimaklumkan pada pihak HQ untuk membaiki apa yang patut dibaiki. Panjang pulak cerita pasal Western Union ni, tapi takpe la sebagai sampingan je.
Berbalik pada cerita dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera 2015 yang merekodkan penurunan dari tahun ke tahun. Ini banyak dipengaruhi oleh sentimen kejatuhan ekonomi Malaysia pada ketika ini. Salah satu cara untuk pelabur merancang pelaburan mereka ialah cuba mengalih pelaburan mereka ke Unit Amanah Saham yang pada ketika ini juga mencatatkan kejatuhan nilai aset bersih. Maksudnya, unit-unit Amanah Saham ketika ini amat rendah harganya dan sesuai untuk dibeli unit-unit tersebut dalam jumlah yang banyak. Melabur di Unit Amanah Saham untuk jangkamasa panjang (lebih dari 5 tahun) secara puratanya mampu memberikan pulangan lebih dari 12% jika kena pada caranya. Keuntungan dinilai pada harga seunit yang akan dijual pada masa harga tinggi. Perunding Unit Amanah Saham akan memaklumkan kepada client mereka akan tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila harga mula meninggi.
Jika inginkan maklumat lanjut, sila baca posting yang berikut :
- Cara kira dividen ASB
- Cara kira bonus ASB
Ramai yang tak tahu macammana bonus dikira. Kiraan dividen pun ramai yang tak faham apa beza menambah pelaburan pada awal tahun dan akhir tahun. Link di atas akan menjelaskan sejelas-jelasnya.
- Hukum pelaburan ASB. Jangan panik jika anda telah melabur. Ikuti ulasan tersebut agar anda faham bagaimana ia diharuskan.
Rekod Pendapatan Dividen dan Bonus ASB
Tahun 2015 : 7.25% + 0.5%
Tahun 2014 : 7.50% + 1.00%
Tahun 2013 : 7.70% + 1.00%
Tahun 2012 : 7.75% + 1.15%
Tahun 2011 : 7.65% + 1.15%
Tahun 2010 : 7.50% + 1.25%
Tahun 2009 : 7.30% + 1.25%
Tahun 2008 : 7.00% + 1.75%
Tahun 2007 : 8.00% + 1.00%
Tahun 2006 : 7.30% + 1.25%
Tahun 2005 : 7.25% + 1.75%
Tahun 2004 : 7.25% + 2.00%
Tahun 2003 : 7.25% + 2.00%
Tahun 2002 : 7.00% + 2.00%
Tahun 2001 : 7.00% + 3.00%
Tahun 2000 : 9.75% + 2.00%
Tahun 1999 : 8.50% + 1.50%
Tahun 1998 : 8.00% + 2.50%
Tahun 1997 : 10.25% + 1.25%
Tahun 1996 : 10.25% + 3.00%
Tahun 1995 : 10.0% + 3.00%
Tahun 1994 : 9.50% + 4.50%
Tahun 1993 : 9.00% + 4.50%
Tahun 1992 : 7.50% + 5.00%
Tahun 1991 : 8.50% + 4.00%
Tahun 1990 : 8.00% + 6.00%
Kalau dilihat pada rekod diatas tahun 1996 memang kebaboom dengan pulangan 13.25%. Wow, masih ingat lagi waktu ni ramai yang ambik loan bank. Loan bayar dalam 8% interest tapi Amanah Saham Bumiputera bagi 13%. Untung 5% ko. Berbaloi sungguh. Bila masuk 1997 - 1999, loan pulak interest naik sampai berbelas-belas. Masa ni rasa macam nak pengsan pulak.
Total Pageviews
Categories
Pautan Terpilih
Hubungi Saya
Hi, perlukan lebih penerangan berkenaan saham Unit Amanah atau berminat menjadi konsultan Unit Amanah? Hubungi saya, Naja, konsultan saham Unit Amanah berlesen di talian 012-4670858 (Call/Whatsapp/SMS)
Penerangan secara berkumpulan di pejabat anda juga boleh diaturkan. Terdapat sesetengah organisasi yang mengiktiraf sesi penerangan pelaburan saham Unit Amanah sebagai jam-kredit yang sah untuk kakitangan mereka yang menghadiri sesi taklimat tersebut.
Penerangan secara berkumpulan di pejabat anda juga boleh diaturkan. Terdapat sesetengah organisasi yang mengiktiraf sesi penerangan pelaburan saham Unit Amanah sebagai jam-kredit yang sah untuk kakitangan mereka yang menghadiri sesi taklimat tersebut.
Copyright UnitAmanahKini Team. Powered by Blogger.
Monday, January 11, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Setiap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikehendaki mempunyai sejumlah wang simpanan minima didalam akaun 1 KWSP. Ini adalah ...
-
Ramai yang whatsapp saya bertanya tentang ASB. Macammana cara ASB kira dividen la, macammana ASB kira bonus la. Sedikit maklumat tentang d...
-
Ramai diluar sana yang heboh bercerita mengenai tawaran bank untuk melabur dalam ASB melalui skim pinjaman ASB. Ada yang ambil sampai maksim...
-
Mungkin telah ramai yang terkena dengan penipuan licik si ejen unit trust yang tidak berlesen. Dalam ertikata yang lain, mereka bukannya eje...
-
Dialog hujung tahun di sebuah bank. Pakcik : "Nak...hari ni brape haribulan?" Pemuda : "Hari ni 10 November 2014." Pakci...
-
Hari ini semakin ramai yang memperkatakan tentang kesan GST ke atas rakyat Malaysia. Apakah itu Goods and Service Tax atau ringkasnya GST?...
-
Duit sepertimana tumbuh-tumbuhan boleh dibiakkan jika tahu caranya. Kalau tak dibiakkan, ia jadi terbantut jika disimpan dibawah bantal. Mem...
-
Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengambil langkah positif dengan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluark...
-
Tiga perkataan Saham Unit Amanah. Ada yang selesa memanggil Unit Saham Amanah dan rasanya ramai juga yang boleh menerima panggilan didalam b...
-
Pelaburan Saham Unit Amanah adalah berbeza dengan pelaburan ASB. Paling jelas ialah, ASB diniagakan secara tetap pada kadar RM1 bagi setia...
0 comments:
Post a Comment
Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.