_______________________________________________________
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinobatkan sebagai Pusat Perhubungan Dalaman Panggilan Masuk (Inbound) bagi 100 Tempat Duduk Terbaik dan memenangi tempat pertama Anugerah Pusat Perhubungan Kerajaan Terbaik.
Anugerah itu diberikan oleh Pertubuhan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) kepada organisasi yang melaksanakan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan pelanggan dan pusat perhubungan serta organisasi yang memperlihatkan proses kelas terbaik, pengurusan sumber dan melaksanakan strategi yang memenuhi kehendak pelanggan.
Usaha berterusan
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata usaha berterusan berhasil kerana Indeks Kepuasan Pelanggan mencatatkan peningkatan stabil tahun demi tahun.
“Tahun lepas, ia meningkat kepada 94.82 peratus, daripada 93.09 peratus pada 2011. Kami percaya ini menyumbang kepada kejayaan kami meraih anugerah CCAM ini,” katanya.
Pada majlis sama, Pusat Panggilan 1Malaysia memenangi tempat kedua, manakala pusat panggilan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tempat ketiga.
Sumber : Berita Harian 24/10/2013
0 comments:
Post a Comment
Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.