Tuesday, October 22, 2013

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ialah satu skim khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menarik penyertaan dari golongan berpendapatan rendah untuk menyimpan dan melabur. Ianya sebahagian dari usaha membantu mereka menangani kesan dari peningkatan kos sara hidup.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia diwujudkan dengan kerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan beberapa intitusi kewangan yang terpilih. Melalui skim ini, setiap rakyat Malaysia yang layak akan mempunyai peluang memohon pinjaman sebanyak RM5000 dari intitusi kewangan yang terpilih untuk melabur didalam Amanah Saham 1Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) disamping menerima insentif bayaran yang menarik.

Amanah Saham Nasional Berhad adalah anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab menguruskan tabung unit amanah Amanah Saham 1Malaysia.

Ciri-ciri Khas SARA 1Malaysia
Unit-unit tambahan akan diberikan kepada peserta sebagai insentif bulanan.
Bayaran minimum bulanan selama 5 tahun oleh peserta.
Insentif bayaran akan diberikan untuk tempoh bayaran balik selama 5 tahun. Peserta hanya perlu memastikan baki minima sebanyak 100 units dikekalkan dalam buku unit amanah AS 1Malaysia.

Pinjaman Kewangan

  • Pinjaman sebanyak RM5000
  • Pinjman adalah dengan tujuan pembelian unit AS 1Malaysia.
  • Permohonan terus dibuka selagi masih ada unit-unit AS 1Malaysia yang belum terjual.
  • Peserta akan gugur kelayakannya bila mana :
  • memberikan maklumat palsu sewaktu permohonan 
  • diisytiharkan muflis
  • peserta meninggal dunia 
  • peserta mempunyai tunggakan bayaran sebanyak 3 kali bayaran bulanan secara berturutan.
Bahagian II - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

1 comment :

Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.