Contoh kalau korang simpan RM100 setiap bulan dan simpan bawah bantal, berapakah jumlah terkumpul selepas 30 tahun.
Katalah mula simpan pada umur 25 tahun sewaktu mula bekerja dan berapakah jumlah terkumpul selepas usia mencapai 55 tahun.
Data :
RM100 sebulan selama 30 tahun. Jadi secara logiknya, kalau aku simpan RM100 sejak aku umur 25 tahun, menjelang 55 tahun aku akan dapat....
1 tahun = 12 bulan
30 tahun = 360 bulan
Menabung RM100 sebulan, maka, pada umur 55 tahun...
360 bulan x RM100 = RM36,000
Tapi Financial Ruler kata, kita akan dapat RM352,991. Betul ke?
Cuba tengok pada imej dibawah.
Data yang dimasukkan ialah simpan RM100 sebulan dan maklumat yang dikeluarkan oleh Financial Ruler jika dibandingkan dengan pelaburan ASB ialah :
RM 69,636 jika interest (pulangan) 4%
RM 100,954 jika interest (pulangan) 6%
RM 150,030 jika interest (pulangan) 8%
RM 227,933 jika interest (pulangan) 10%
RM 352,991 jika interest (pulangan) 12%
RM 700,982 jika interest (pulangan) 15%
Pelaburan ASB Berbanding Pelaburan Lain
Jika mengandaikan pulangan dari ASB ialah 10% (8% dividen + 2% bonus), anda akan memperolehi RM 227,933 selepas 30 tahun didalam pelaburan ASB.Apakah bentuk pelaburan yang boleh memberikan pulangan sekitar 12% - 15% setahun? Jawapannya ialah pelaburan Saham Unit Amanah.
Takkan la pulak Financial Ruler tipu. Begitulah cara kiraannya menurut formula compounding interest.
0 comments:
Post a Comment
Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.