Tidak dinafikan Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali dengan ASB merupakan saluran pelaburan paling popular rakyat Malaysia sejak sekian lama. Berikutan dengan promosi besar-besaran sejak dari awal penerbitannya yang cukup sinonim dengan iklan "Merah sangatla mak ngah" ataupun "Anak kau tu Sin, cerah masa depan" menjadikan produk keluaran Permodalan Nasional Berhad ini laris sepanjang zaman.
Jika dilihat dari statistik pengagihan pendapatan pelaburan ASB sejak dari tahun 1990 sehingga tahun 2014 mencatatkan penurunan.
Pada tahun 1990, pengagihan pendapatan ASB amat baik dengan pulangan 8% dividen dan 6% bonus, adalah amat memberasangkan minat pelabur untuk terus menambah pelaburan. Serentak dengan itu pihak bank berlumba-lumba menawarkan pinjaman ASB dengan kadar faedah yang rendah.
Namun demikian pulangan ASB mula menurun sejak tahun 1997 berikutan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia. Penurunan pengagihan pendapatan pelaburan ASB berterusan sehingga tahun 2002 yang merekodkan pulangan yang semakin stabil pada kadar 8-9%.
Sewajarnya jika fenomena ini berterusan, maka, pelabur sudah boleh mencongak apakah peratusan pendapatan yang akan diterima 5 tahun lagi. Masihkah ia kekal pada paras 8-9% atau turut terjejas dengan penurunan nilai matawang ringgit pada hari ini, 30-Jun-2015?
Pelabur yang bijak akan mula mengambil langkah yang lebih proaktif dengan menjenguk tingkap-tingkap pelaburan lain yang memberikan pulangan yang tinggi berbanding ASB tetapi berisiko rendah. Antaranya adalah pelaburan dalam saham Unit Amanah yang berisiko rendah.
Penjelasan lanjut mengenai perbezaan saham Unit Amanah dan ASB boleh dilayari di blog ini. Klik di sini jika ingin mengetahui perbezaannya.
Total Pageviews
Categories
Pautan Terpilih
Hubungi Saya
Hi, perlukan lebih penerangan berkenaan saham Unit Amanah atau berminat menjadi konsultan Unit Amanah? Hubungi saya, Naja, konsultan saham Unit Amanah berlesen di talian 012-4670858 (Call/Whatsapp/SMS)
Penerangan secara berkumpulan di pejabat anda juga boleh diaturkan. Terdapat sesetengah organisasi yang mengiktiraf sesi penerangan pelaburan saham Unit Amanah sebagai jam-kredit yang sah untuk kakitangan mereka yang menghadiri sesi taklimat tersebut.
Penerangan secara berkumpulan di pejabat anda juga boleh diaturkan. Terdapat sesetengah organisasi yang mengiktiraf sesi penerangan pelaburan saham Unit Amanah sebagai jam-kredit yang sah untuk kakitangan mereka yang menghadiri sesi taklimat tersebut.
Copyright UnitAmanahKini Team. Powered by Blogger.
Tuesday, June 30, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Setiap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikehendaki mempunyai sejumlah wang simpanan minima didalam akaun 1 KWSP. Ini adalah ...
-
Ramai yang whatsapp saya bertanya tentang ASB. Macammana cara ASB kira dividen la, macammana ASB kira bonus la. Sedikit maklumat tentang d...
-
Ramai diluar sana yang heboh bercerita mengenai tawaran bank untuk melabur dalam ASB melalui skim pinjaman ASB. Ada yang ambil sampai maksim...
-
Mungkin telah ramai yang terkena dengan penipuan licik si ejen unit trust yang tidak berlesen. Dalam ertikata yang lain, mereka bukannya eje...
-
Dialog hujung tahun di sebuah bank. Pakcik : "Nak...hari ni brape haribulan?" Pemuda : "Hari ni 10 November 2014." Pakci...
-
Hari ini semakin ramai yang memperkatakan tentang kesan GST ke atas rakyat Malaysia. Apakah itu Goods and Service Tax atau ringkasnya GST?...
-
Duit sepertimana tumbuh-tumbuhan boleh dibiakkan jika tahu caranya. Kalau tak dibiakkan, ia jadi terbantut jika disimpan dibawah bantal. Mem...
-
Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengambil langkah positif dengan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluark...
-
Tiga perkataan Saham Unit Amanah. Ada yang selesa memanggil Unit Saham Amanah dan rasanya ramai juga yang boleh menerima panggilan didalam b...
-
Pelaburan Saham Unit Amanah adalah berbeza dengan pelaburan ASB. Paling jelas ialah, ASB diniagakan secara tetap pada kadar RM1 bagi setia...
0 comments:
Post a Comment
Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.