Thursday, December 31, 2015

Ringgit Terus Menyusut

Ringgit terus menyusut dengan nilai direkodkan pada Ogos 2015 sebanyak 3.99 berbanding dolar Amerika. Satu penyusutan yang amat ketara yang terus memberikan tekanan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Ini ditambah pula dengan kejatuhan nilai komoditi yang umum sudah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi sejak sekian lama.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menambat ringgit atau memperkenal kawalan modal bagi membendung kejatuhan nilai mata wang tempatan itu yang kini kira-kira 3.99 berbanding dolar, kata Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Keadaan sekarang tidak memerlukan langkah seperti itu, katanya.

Ekonomi Malaysia terus kukuh dan banyak perkembangan positif sedang berlaku, katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan 4.9 peratus keluaran dalam negara kasar untuk suku kedua di sini, hari ini.

Keadaan yang ekstrem adalah apabila kita terjerumus ke dalam kemelesetan yang serius. Kita tidak menjangka (perkara itu berlaku di sini) kerana kita telah menstruktur semula ekonomi kita," katanya.

Selain itu, negara ini tidak kekurangan akses kepada kredit yang menjadi satu lagi kriteria keadaan krisis ekonomi yang ekstrem, kata Zeti.

photo gabenor bank negara malaysia

Pada suku kedua, pembiayaan bersih berkembang 8.3 peratus dengan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana meningkat 17.2 peratus. 

Ringgit Terus Menyusut

Zeti berkata, reaksi spontan seperti menambat ringgit dan kawalan modal akan hanya memberi kesan sementara manakala turun naik dijangka berterusan beberapa bulan lagi sehingga ketentuan mengenai arah dasar dalam ekonomi utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Beliau berkata, sama seperti mana pengurangan program rangsangan ekonomi AS sebelum ini, sebaik sahaja keadaan kembali normal, pasaran kewangan akan menjadi stabil.

Gabenor Bank Pusat itu berkata, ketika ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, regim kadar pertukaran yang fleksibel akan membantu negara mengurangkan impak daripada perkembangan luaran.

"Jika kadar pertukaran tidak menyelaras, impak perkembangan luaran akan lebih menjejaskan kita," katanya.

Zeti berkata, impak penyusutan nilai ringgit masih boleh diuruskan dengan beberapa kesan baik dan buruk kepada perniagaan.

Menurutnya, perniagaan dengan konten import yang tinggi menghadapi peningkatan kos tetapi perniagaan berorientasikan eksport akan mendapat manfaat daripada pertambahan pendapatan.

Penyusutan nilai ringgit, katanya, mempunyai kesan sederhana ke atas perbelanjaan isi rumah kerana harga komoditi global dan bahan api domestik yang rendah, mengurangkan tekanan inflasi.

Bagaimanapun, Zeti berkata, Bank Pusat akan terus memastikan pasaran berfungsi secara teratur bagi mengelak gangguan kepada aktiviti perdagangan dan perniagaan.

Daripada 1 September 2014 hingga 11 Ogos tahun ini, ringgit telah merosot 20.1 peratus berbanding dolar US berikutan kelemahan harga komoditi dan minyak mentah berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah di AS.  - Bernama

Sumber : Sinar Harian 13/8/2015

Turut merasai tempiasnya ialah kedudukan harga saham terus jatuh selari dengan kedudukan nilai ringgit di pasaran antarabangsa. Wajarkah pelabur menarik kembali pelaburan mereka? Ikuti penjelasannya di sini - Harga Saham Jatuh.

Monday, August 24, 2015

Harga Saham Jatuh

Kedudukan saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur terus jatuh. Lanjutan daripada itu, kedudukan Nilai Asset Bersih produk-produk Saham Unit Amanah yang berasaskan ekuiti, juga turut menerima tempiasnya.

Adakah wajar pelabur-pelabur Saham Unit Amanah berhenti menambah pelaburan apabila harga saham jatuh?

Jawapannya ialah TIDAK. Anda dinasihatkan untuk terus melabur kerana inilah masa terbaik untuk membuat pelaburan baru ataupun menambah pelaburan sedia ada. Secara matematik, membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi merupakan sasaran yang sepatutnya diamalkan oleh setiap pelabur. Bahkan pelabur-pelabur di BSKL juga seharusnya mengambil pendekatan yang sama.


Teruskan membeli unit-unit baru pada saat harga saham jatuh kerana anda akan mendapat jumlah unit yang besar. Pengumpulan unit-unit dalam kuantiti yang banyak menjadikan anda pelabur yang berjaya apabila nilai pasaran meningkat di kemudian hari. Melaburlah dengan bijak kerana skim pelaburan Saham Unit Amanah adalah pelaburan bertempoh sederhana lama hingga ke tempoh yang panjang.

Dollar Cost Averaging.



Pelabur Ditipu Ahli Perniagaan

Kes-kes penipuan berkaitan pelaburan tidak pernah lekang dari bahan berita akhbar. Baru-baru ini sekumpulan pelabur yang ditipu oleh ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai perniagaan berasaskan produk kecantikan, membuat laporan polis selepas mengetahui mereka tertipu dengan helah ahli perniagaan tersebut. Kes pelabur ditipu ahli perniagaan bukanlah perkara baru kerana sebelum ini pun telah banyak kes yang seumpamanya berlaku di Malaysia, cuma bila bercakap mengenai untung besar yang dijanjikan, menjadikan mangsa terpukau.

KUALA LUMPUR – Seramai 30 individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3 juta apabila wang yang dilaburkan di dalam perniagaan berasaskan kecantikan dan kosmetik 'hangus' akibat ditipu oleh seorang wanita.

Salah seorang mangsa, Mohd. Shayuti Mahmood, 35, berkata, wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang mendakwa dirinya sebagai pengasas produk kecantikan itu gagal untuk membayar balik wang pelaburan mereka sejak Mac lalu.

pelabur kena tipu
Pelabur Ditipu Membuat Laporan Polis
"Perniagaan tersebut dikatakan beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan wanita itu membayar wang keuntungan secara berperingkat-peringkat selepas sebulan perniagaan dijalankan namun, sejak Mac lalu dia gagal untuk membayar kembali wang pelaburan dan keuntungan kepada pelabur.

"Kami ada menghubungi wanita berkenaan untuk meminta dia membayar kembali wang pelaburan namun, dia memberi alasan kononnya pihak bank tidak membenarkan dia membuat transaksi dalam jumlah yang banyak," katanya kepada Kosmo! selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kelmarin.

Ujarnya, wanita berkenaan juga sempat melancarkan produk terbarunya pada bulan Mac lalu serta melantik seorang penyanyi lelaki yang merupakan juara program realiti televisyen sebagai jurucakap produk.

Jelasnya, wanita yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook itu juga memperdayakan para pelabur apabila mengeluarkan sebanyak empat buku cek untuk membuat pembayaran beberapa bulan lalu namun, kesemuanya merupakan cek tendang.

Sumber Artikel: Akhbar Kosmo

Janganlah kerana inginkan pulangan cepat pada kadar keuntungan yang tinggi menjadikan kita terlupa akan kemungkinan itu adalah pelaburan berisiko tinggi ataupun lebih teruk lagi, pelaburan yang tidak pernah wujud. Biarlah pelaburan kita itu membawa keuntungan yang sederhana dan dilabur dalam institusi pelaburan yang berlesen.