Sebenarnya ramai yang bertanya kepada saya apabila saja saya memulakan sesi penerangan tentang maklumat asas mengenai pelaburan saham Unit Amanah. Soalannya berkisar tentang berikut :
- kalau saya labur 10,000 bila duit saya akan berganda?
- kalau saya labur 10,000 berapa duit saya selepas 20 tahun?
Setiap pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi dalam tempoh singkat adalah pelaburan yang berisiko tinggi. Pelaburan saham Unit Amanah adalah pelaburan dalam kategori rendah risiko.
Bagaimana Menggandakan Wang Anda?
Rules 72 adalah kaedah yang biasa diguna-pakai dalam menentukan gandaan wang anda berdasarkan kepada masa dan peratusan kadar pulangan yang diberi.Rumus Rules 72 ialah => 72 dibahagikan dengan kadar pulangan pelaburan atau dividen
Contoh :
Amin melabur RM10,000 dalam pelaburan A yang memberikan pulangan 8% setahun. Berapa lamakah wang 10,000 berganda menjadi 20,000?
Pengiraan : 72 / 8 = 9 tahun
Kiraan Rules 72 Untuk Pelaburan RM10,000 |
Itu adalah berdasarkan kepada input pulangan 8%. Bagaimana jika pulangan adalah sekitar 13%? Rasanya anda sudah mampu mengiranya menggunakan kalkulator. Kiralah. Ehmmm.....
Jadi sekarang anda telah pun tahu untuk menggandakan wang anda tidaklah sesusah mana, cuma anda perlu tahu memilih bentuk pelaburan yang sesuai.
Bacaan yang disyorkan :
0 comments:
Post a Comment
Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.