Apakah itu Goods and Service Tax atau ringkasnya GST?
GST bermaksud Cukai Barangan Dan Perkhidmatan yang dikenakan kepada penjual dan pengguna. Ianya menggantikan Sales and Service Tax yang telah sekian lama diguna-pakai di Malaysia. GST akan berkuatkuasa pada 1 Apr 2015.
Kesan GST Ke Atas Pelabur
Bagi para pelabur dalam Saham Unit Amanah, mereka hanya akan dikenakan GST pada yuran dan caj sahaja, bukannya kepada jumlah nilai pelaburan yang ada. Emmm...tentu ramai yang pengsan kalau 6% GST dikenakan pada jumlah pelaburan mereka. Berapa ya...kalau pelaburan RM100K dan GST 6%, Wow! RM6K bayar GST bulat-bulat. Sekali lagi dinyatakan di sini, hanya yuran dan caj yang dikenakan oleh syarikat Unit Amanah sahaja yang dikenakan GST.Apakah GST Lebih Baik Dari SST?
Untuk mengetahui manakah yang lebih baik, mari kita ikuti keadaan yang berlaku ke atas seorang rakyat Malaysia yang bernama Azli. Azli telah membeli sebuah rumah dan kini dalam proses mengubahsuai rumah tersebut. Beliau telah melantik sebuah syarikat senibina untuk melukis pelan rumah banglo idaman mereka. Beliau juga memberitahu kepada syarikat tersebut bahawa segala urusan berkaitan guaman, dimasukkan ke dalam kos yang perlu dibayar kepada syarikat senibina tersebut.
Berikut adalah caj-caj yang dikenakan :
- Perkhidmatan Telekomunikasi - Caj RM3,000
- Perkhidmatan Guaman - Caj RM8,000
- Perkhidmatan Arkitek - Caj RM49,000
Ikuti penerangan berkenaan cara kiraan SST dan GST. Lihat apakah GST itu lebih buruk kesannya kepada pengguna.
Perbezaan Kiraan GST dan SST |
Anda akan dapat lihat diakhirnya pengguna lebih mendapat manfaat dengan cara kiraan GST dengan penjimatan sebanyak RM699.60.
Cuma persoalannya disini, apakah syarikat senibina tersebut berlaku jujur kepada pengguna dengan hanya mengenakan caj sebanyak RM3,000 untuk caj telekomunikasi? Kemungkinan syarikat tersebut mengenakan caj RM3,180 (termasuk 6% GST).
INGAT! Antara tujuan GST dilaksanakan adalah untuk mengelakkan cukai berganda ke atas pengguna.
Apakah mekanisme yang ada pada pengguna untuk mengetahui bahawa mereka tidak dikenakan cukai berganda?
0 comments:
Post a Comment
Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.