Friday, August 14, 2015

Penipuan KWSP

Kes-kes yang melibatkan penipuan KWSP dalam usaha membawa keluar wang pencarum oleh pencarum itu sendiri agak membimbangkan. Ini membawa kepada penurunan tahap keyakinan pencarum terhadap KWSP. Pencarum sudah mula terfikir adakah mungkin wang mereka pula dikeluarkan oleh orang lain tanpa disedari oleh sesiapapun sehinggalah apabila tiba masa pengeluaran sebenar di usia 50 tahun, mereka jatuh pengsan melihat baki akaun hanya sedikit sahaja. Semoga pihak KWSP dapat terus meningkatkan tahap verifikasi yang baik dari masa ke semasa. Tahap verifikasi mestilah diaudit setiap tahun bagi memastikan setiap elemen verifikasi dipatuhi untuk menghindari kes-kes penipuan KWSP.



KUALA LUMPUR 23/1/2013 - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memfailkan 29 saman mahkamah terhadap pencarum yang terlibat dalam kes penipuan pengeluaran sepanjang tahun lepas.
   
Dalam tempoh yang sama juga 24 pencarum telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran perumahan dan hilang upaya manakala 19 kes lagi masih menunggu tindakan mahkamah.
   
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata selain itu dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lepas, lima pencarum KWSP didapati bersalah oleh mahkamah di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 kerana menipu pengeluaran perumahan dan dikenakan denda berjumlah RM16,000.
   
Justeru beliau mengingatkan para pencarum dan individu lain agar tidak melibatkan diri dalam penipuan pengeluaran simpanan KWSP.
   
"KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penipuan sepertimana yang diperuntukkan di bawah AKTA KWSP 1991," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Affendi berkata mereka yang sabit kesalahan di bawah akta itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
   
Beliau berkata KWSP mempunyai sistem komprehensif yang membolehkan agensi itu mengesan sebarang kegiatan penipuan pengeluaran atau percubaan menipu walaupun setelah simpanan berjaya dikeluarkan.
   
Beliau menasihatkan para pencarum agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket yang kononnya menawarkan pertolongan untuk membantu mengeluarkan simpanan KWSP dengan bayaran yang tinggi.
   
"Pencarum yang layak dan ingin membuat permohonan pengeluaran hendaklah terus berurusan dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma," katanya.
   
Nik Affendi berkata para pencarum yang berhadapan dengan sebarang bentuk penipuan atau cubaan menipu berkaitan KWSP, perlu melaporkannya terus kepada KWSP dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/tipu-pengeluaran-kwsp-saman-29-pencarum-1.124514


Tuesday, June 30, 2015

Statistik Pengagihan Pendapatan Pelaburan ASB

Tidak dinafikan Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali dengan ASB merupakan saluran pelaburan paling popular rakyat Malaysia sejak sekian lama. Berikutan dengan promosi besar-besaran sejak dari awal penerbitannya yang cukup sinonim dengan iklan "Merah sangatla mak ngah" ataupun "Anak kau tu Sin, cerah masa depan" menjadikan produk keluaran Permodalan Nasional Berhad ini laris sepanjang zaman.

Jika dilihat dari statistik pengagihan pendapatan pelaburan ASB sejak dari tahun 1990 sehingga tahun 2014 mencatatkan penurunan.

agihan ASB semakin kurang


Pada tahun 1990, pengagihan pendapatan ASB amat baik dengan pulangan 8% dividen dan 6% bonus, adalah amat memberasangkan minat pelabur untuk terus menambah pelaburan. Serentak dengan itu pihak bank berlumba-lumba menawarkan pinjaman ASB dengan kadar faedah yang rendah.

Namun demikian pulangan ASB mula menurun sejak tahun 1997 berikutan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia. Penurunan pengagihan pendapatan pelaburan ASB berterusan sehingga tahun 2002 yang merekodkan pulangan yang semakin stabil pada kadar 8-9%.

Sewajarnya jika fenomena ini berterusan, maka, pelabur sudah boleh mencongak apakah peratusan pendapatan yang akan diterima 5 tahun lagi. Masihkah ia kekal pada paras 8-9% atau turut terjejas dengan penurunan nilai matawang ringgit pada hari ini, 30-Jun-2015?

Pelabur yang bijak akan mula mengambil langkah yang lebih proaktif dengan menjenguk tingkap-tingkap pelaburan lain yang memberikan pulangan yang tinggi berbanding ASB tetapi berisiko rendah. Antaranya adalah pelaburan dalam saham Unit Amanah yang berisiko rendah. 

Penjelasan lanjut mengenai perbezaan saham Unit Amanah dan ASB boleh dilayari di blog ini. Klik di sini jika ingin mengetahui perbezaannya.

Wednesday, June 03, 2015

Pelaburan ASB Berbanding Pelaburan Lain

Duit sepertimana tumbuh-tumbuhan boleh dibiakkan jika tahu caranya. Kalau tak dibiakkan, ia jadi terbantut jika disimpan dibawah bantal. Memangla banyak simpanan bila dihitung untuk satu jangkamasa yang lama tapi adakah itu simpanan yang efektif.

Contoh kalau korang simpan RM100 setiap bulan dan simpan bawah bantal, berapakah jumlah terkumpul selepas 30 tahun.

Katalah mula simpan pada umur 25 tahun sewaktu mula bekerja dan berapakah jumlah terkumpul selepas usia mencapai 55 tahun.

Data :

RM100 sebulan selama 30 tahun. Jadi secara logiknya, kalau aku simpan RM100 sejak aku umur 25 tahun, menjelang 55 tahun aku akan dapat....

1 tahun = 12 bulan
30 tahun = 360 bulan

Menabung RM100 sebulan, maka, pada umur 55 tahun...

        360 bulan x RM100 = RM36,000

Tapi Financial Ruler kata, kita akan dapat RM352,991. Betul ke?

Cuba tengok pada imej dibawah.

cara gandakan wang dengan mudah

Data yang dimasukkan ialah simpan RM100 sebulan dan maklumat yang dikeluarkan oleh Financial Ruler jika dibandingkan dengan pelaburan ASB ialah :

RM 69,636 jika interest (pulangan) 4%
RM 100,954 jika interest (pulangan) 6%
RM 150,030 jika interest (pulangan) 8%
RM 227,933 jika interest (pulangan) 10%
RM 352,991 jika interest (pulangan) 12%
RM 700,982 jika interest (pulangan) 15%

Pelaburan ASB Berbanding Pelaburan Lain

Jika mengandaikan pulangan dari ASB ialah 10% (8% dividen + 2% bonus), anda akan memperolehi RM 227,933 selepas 30 tahun didalam pelaburan ASB.

Apakah bentuk pelaburan yang boleh memberikan pulangan sekitar 12% - 15% setahun? Jawapannya ialah pelaburan Saham Unit Amanah.

Takkan la pulak Financial Ruler tipu. Begitulah cara kiraannya menurut formula compounding interest.