Monday, May 25, 2015

Labur Wang KWSP Dalam ASB2

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengambil langkah positif dengan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan sebahagian dari wang dari Akaun 1 untuk dilaburkan dalam Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).
_____________________________________


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memasukkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ke dalam senarai dana Skim Pelaburan Ahli (SPA). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Mohamad Nasir Ab Latif, berkata skim itu membenarkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam Akaun 1 untuk pelaburan dalam dana unit amanah yang diluluskan. "Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli KWSP akan dimaklumkan mengenai tarikh kuat kuasa penyenaraian ASB2 ke dalam SPA KWSP. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) berkata pemilikan ekuiti individu Bumiputera akan dipertingkat melalui pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP untuk pembelian unit ASB2.

Petikan Dari : http://www.bharian.com.my/node/56539
_____________________________________

Sepertimana yang dinyatakan, hanya 20% sahaja yang dibenarkan. Ya, 20% dari akaun 1 yang melebihi had Simpanan Asas.
Untuk memahami dengan lebih jelas, dapatkan info di sini. Pengiraannya adalah sama cuma belum dapat dipastikan berapakah had Simpanan Asas bagi ASB2. 

Thursday, May 07, 2015

Wajarkah BR1M Ditukar Dalam Bentuk Unit Amanah Saham

Usul yang dibentangkan berkenaan pemberian BR1M dalam bentuk Unit Amanah Saham seharusnya diberi perhatian. Secara dasarnya ini adalah usul yang baik kerana mendidik rakyat Malaysia mengenali apa itu Unit Amanah Saham khususnya kaum Bumiputera yang rata-ratanya hanya mengenali Amanah Saham Bumiputera sahaja sedangkan terdapat cabang pelaburan dalam Unit Amanah Saham.

Sebenarnya kaum bukan Bumiputera seperti kaum Cina telah lama menabung didalam Unit Amanah Saham kerana mereka tidak berpeluang melabur dalam ASB. Tambahan pula pulangan yang diberikan oleh ASB adalah kecil berbanding pulangan dari Unit Amanah Saham. Jika anda ingin mengenali lebih dekat berkenaan Unit Amanah Saham, silalah layari sisipan artikel di sini.

Pelaburan Saham Unit Amanah Dan ASB

Berbalik kepada persoalan Wajarkah Wang BR1M Ditukar Dalam Bentuk Unit Amanah Saham? Panda pandangan saya, jawapannya adalah YA. Kenapa? Andaikan 80% sahaja yang menjual balik saham-saham yang diperuntukkan, kita masih ada 20% yang kekal melabur dalam Unit Amanah Saham. Sudah tentu ia akan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana wang tersebut dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat besar yang menjana ekonomi negara. 

Ramai yang masih tidak faham kaitannya di sini berkaitan wang yang dilabur terhadap pertumbuhan ekonomi. Saya faham sebab bukan semua belajar ekonomi termasuklah saya. Tapi untuk pemahaman mudah, kita labur RM500 dalam unit amanah saham, dengan duit itu ianya dilaburkan ke syarikat telekomunikasi lah katakan, maka, syarikat telekomunikasi dapat membeli peralatan berteknologi canggih dan berjaya menambat lebih ramai pelanggan. Seterusnya syarikat telekomunikasi mendapat keuntungan lalu berkongsi keuntungan dengan syarikat unit amanah. Syarikat Unit Amanah Saham pula berkongsi keuntungan dengan para pelaburnya. 

Mereka yang tergolong dalam 20% itu pula pada tahun-tahun yang berikutnya akan berkongsi berita keuntungan dengan kawan-kawan lalu menjadi viral. Jangan terperanjat jika untuk tahun-tahun yang akan datang, akan lebih ramai yang tidak menjual balik lot Unit Amanah Saham mereka. Usul ini pada peringkat awal memang nampak macam tak menjadi tetapi lama-kelamaan angka 20% akan meningkat kepada 25%, 40%, ....60%. Mungkin la, mungkin, apa-apapun kerajaan kena cuba dahulu baru tahu hasilnya dalam 5 tahun.

br1m bantuan rakyat 1 malaysia
_______________________________________
Parlimen Belia mahu BR1M ditukar ke unit amanah

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Belia Malaysia hari ini secara dasarnya bersetuju sistem pembayaran secara tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada pembayaran melalui unit amanah.

Wakil Pahang, Mohd Firdaus Abd Samad ketika menggulung usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara, berkata mekanisme ini dilihat lebih efektif kepada aliran tunai kerajaan.

Wajarkah BR1M Ditukar Dalam Bentuk Unit Amanah?

"Sekiranya BR1M ini diberikan dalam bentuk unit amanah, ia akan ada tempoh matang, jadi dalam masa lima tahun katakan, kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan wang tunai untuk pemberian BR1M, sebaliknya pembayaran seterusnya boleh dibuat menggunakan dividen," katanya.

Usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara itu dicadang Jawatankuasa Sosio Ekonomi dan diluluskan sebulat suara oleh speaker dewan iaitu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kedua di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Antara lain, usul itu turut mencadangkan supaya satu jawatankuasa atau badan seumpamanya ditubuhkan di peringkat Parlimen bagi mengkaji jurang pendapatan negara.

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu Alif Rosli yang menarik perhatian bahawa selain pembayaran melalui unit amanah, kerajaan juga boleh menggunakan sukuk.

"Ini adalah antara beberapa mekanisme, yang lebih sesuai untuk jangka masa panjang, berbanding pembayaran secara one-off, yang mana jika diberikan kepada rakyat pun akan dihabiskan dalam masa yang pendek," katanya.

Dalam pada itu, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Suhail Mohamed Kamaruddin mempersoalkan juga sekiranya perlu lagi kajian ke atas ekonomi rakyat diadakan, memandangkan sudah wujud beberapa badan yang mengadakan kajian sama.

"Unit Perancangan Ekonomi negara pun dah buat kajian dan disokong Jabatan Statistik, tetapi persoalannya kenapa jurang pendapatan ini masih wujud di skala tinggi," katanya.


Sumber : Astroawani.com

Tuesday, March 31, 2015

Jenis-jenis Pelaburan Saham

Ilmu melabur amat jarang dimiliki oleh seseorang terutamanya orang Melayu. Jika kita pergi ke syarikat-syarikat sekuriti, jangan terperanjat akan kelihatan warga emas berbangsa Cina duduk melepak depan skrin TV.

Apa yang asyik sangat dengan skrin TV tu?
Ha...mereka asyik melihat turun-naik harga saham secara Live. Bila naik aje nilai sesebuah kaunter saham itu, maka, bersoraklah mereka mengalahkan orang yang meraikan gol di stadium bolasepak.

Ilmu melabur itu semamangnya dimiliki oleh bangsa Cina kerana mereka tahu apakah jenis-jenis pelaburan saham yang menguntungkan. Bagi mereka yang malas ke syarikat sekuriti untuk melakukan transaksi jual-beli saham, mereka hanya duduk di rumah atau pejabat dan hanya memberikan arahan kepada remisier untuk menjual lot saham mereka apabila mencecah nilai tertentu. Dah lama jugak aku tinggalkan bidang ini sejak kegawatan ekonomi pada tahun 1997 yang lalu. Sekarang ini pelaburanku lebih kepada pelaburan saham unit amanah.

Jadi apakah jenis-jenis pelaburan saham yang ada sebagai pilihan?
Jangan pening-pening kepala memikirkan yang rumit, cukuplah jika kita lihat kepada beberapa cabang pelaburan yang berikut sahaja :
  • Pelaburan pasaran terbuka - Senang aje, buka suratkhabar dan lihat pada senarai kaunter saham. Cuba ikut sesuatu kaunter itu untuk tempoh tertentu. Ambilkira nilai terendah dalam tahun dan nilai tertinggi dalam tahun. Bila harga rendah, beli manakala bila agak tinggi, jual lot tersebut. Satu (1) lot bersamaan dengan 1,000 unit. Contoh : Jika 1 unit ialah RM2.03, maka, anda perlu ada RM2030.

  • Pelaburan saham ASB - sebenarnya ada banyak lagi saham kelolaan Perbadanan Nasional Berhad tetapi hanya ASB yang ditonjolkan di sini kerana ianya popular. Satu (1) unit bersamaan RM1 dan keuntungan (dividen) adalah sekitar 8%.
  • Pelaburan saham Unit Amanah - satu bentuk pelaburan yang digemari oleh golongan bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Rasanya sekitar 20 tahun dahulu, jarang sekali kaum Melayu memperkatakan tentang saham Unit Amanah. Dengan pelaburan serendah RM100, anda sudah boleh membuka akaun dan membeli unit-unit saham. Pulangan agak baik di sekitar 10% - 15% dan ada ketikanya sehingga mencecah lebih 20%.
Memandangkan kaum Cina tidak dapat melabur didalam ASB, maka, mereka terpaksa memilih bidang pelaburan yang lain. ASB amat popular kerana PNB merupakan syarikat pengurusan pelaburan yang besar dan mempunyai track record yang baik. 

Tetapi, adakah anda sedar bahawa pelaburan saham Unit Amanah memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB/ASN? Pelaburan dalam unit trust juga adalah rendah risiko berbanding saham di pasaran terbuka. Tambahan pula nilai pelaburan minima adalah serendah RM100. Jenis-jenis pelaburan saham yang telah dibincangkan disini adalah lebih umum buat santapan pembaca.

Hubungi saya, jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan saham Unit Amanah. Pastikan anda hanya didekati oleh perunding Unit Trust yang berlesen.

Bacaan yang disyorkan :