Tuesday, March 31, 2015

Jenis-jenis Pelaburan Saham

Ilmu melabur amat jarang dimiliki oleh seseorang terutamanya orang Melayu. Jika kita pergi ke syarikat-syarikat sekuriti, jangan terperanjat akan kelihatan warga emas berbangsa Cina duduk melepak depan skrin TV.

Apa yang asyik sangat dengan skrin TV tu?
Ha...mereka asyik melihat turun-naik harga saham secara Live. Bila naik aje nilai sesebuah kaunter saham itu, maka, bersoraklah mereka mengalahkan orang yang meraikan gol di stadium bolasepak.

Ilmu melabur itu semamangnya dimiliki oleh bangsa Cina kerana mereka tahu apakah jenis-jenis pelaburan saham yang menguntungkan. Bagi mereka yang malas ke syarikat sekuriti untuk melakukan transaksi jual-beli saham, mereka hanya duduk di rumah atau pejabat dan hanya memberikan arahan kepada remisier untuk menjual lot saham mereka apabila mencecah nilai tertentu. Dah lama jugak aku tinggalkan bidang ini sejak kegawatan ekonomi pada tahun 1997 yang lalu. Sekarang ini pelaburanku lebih kepada pelaburan saham unit amanah.

Jadi apakah jenis-jenis pelaburan saham yang ada sebagai pilihan?
Jangan pening-pening kepala memikirkan yang rumit, cukuplah jika kita lihat kepada beberapa cabang pelaburan yang berikut sahaja :
  • Pelaburan pasaran terbuka - Senang aje, buka suratkhabar dan lihat pada senarai kaunter saham. Cuba ikut sesuatu kaunter itu untuk tempoh tertentu. Ambilkira nilai terendah dalam tahun dan nilai tertinggi dalam tahun. Bila harga rendah, beli manakala bila agak tinggi, jual lot tersebut. Satu (1) lot bersamaan dengan 1,000 unit. Contoh : Jika 1 unit ialah RM2.03, maka, anda perlu ada RM2030.

  • Pelaburan saham ASB - sebenarnya ada banyak lagi saham kelolaan Perbadanan Nasional Berhad tetapi hanya ASB yang ditonjolkan di sini kerana ianya popular. Satu (1) unit bersamaan RM1 dan keuntungan (dividen) adalah sekitar 8%.
  • Pelaburan saham Unit Amanah - satu bentuk pelaburan yang digemari oleh golongan bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Rasanya sekitar 20 tahun dahulu, jarang sekali kaum Melayu memperkatakan tentang saham Unit Amanah. Dengan pelaburan serendah RM100, anda sudah boleh membuka akaun dan membeli unit-unit saham. Pulangan agak baik di sekitar 10% - 15% dan ada ketikanya sehingga mencecah lebih 20%.
Memandangkan kaum Cina tidak dapat melabur didalam ASB, maka, mereka terpaksa memilih bidang pelaburan yang lain. ASB amat popular kerana PNB merupakan syarikat pengurusan pelaburan yang besar dan mempunyai track record yang baik. 

Tetapi, adakah anda sedar bahawa pelaburan saham Unit Amanah memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB/ASN? Pelaburan dalam unit trust juga adalah rendah risiko berbanding saham di pasaran terbuka. Tambahan pula nilai pelaburan minima adalah serendah RM100. Jenis-jenis pelaburan saham yang telah dibincangkan disini adalah lebih umum buat santapan pembaca.

Hubungi saya, jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan saham Unit Amanah. Pastikan anda hanya didekati oleh perunding Unit Trust yang berlesen.

Bacaan yang disyorkan :

0 comments:

Post a Comment

Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.