Monday, March 09, 2015

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Ramai orang Islam yang masih tertanya-tanya mengenai status hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera. Memanglah isu halal haram ini agak sensitif. Kalau anda membuat carian di internet berkaitan perkara ini memang banyak sekali yang memaparkan isu ini.

Baiklah, saya tertarik dengan penjelasan isu ini dari Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Inilah intipati berkaitan isu ASB dalam ceramah beliau.

Penerangan PNB
  • Peranan PNB dalam menjaga kepentingan orang Islam dalam pemegangan asset-asset Negara. Dalam hal ini sememangnya PNB berjaya dalam melaksanakan objektif tersebut.
  • Mereka telah membuat syarat dalam pelaburan mereka bahawa tidak ada pelaburan ke atas syarikat yang terlibat dengan urusniaga judi dan arak.
  • Anak-anak syarikat PNB yang lain ada mempunyai penasihat-penasihat syariah.
  • Jumlah wang PNB terlalu besar, sekiranya ingin diletakkan didalam institusi perbankan Islam, ia memerlukan 40 bank bersaiz Bank Islam. Bank yang boleh menerima wang pelaburan mereka adalah Maybank. Dengan penglibatan PNB dengan Maybank, telah ramai orang Islam yang menjadi kakitangan Maybank, kaunter Islam Maybank menjadi yang terbesar, Takaful Maybank menjadi yang terbesar di Asia.
Banyak faktor-faktor yang menyokong niat murni PNB dalam menjaga kepentingan orang Islam di Malaysia tetapi ianya belum cukup sempurna lagi. Sekiranya PNB menarik balik pelaburan dari Maybank, risikonya ialah keruntuhan rangkaian kekuatan orang Islam di Malaysia dari segi kewangan dan pemilikan syarikat-syarikat utama yang menentukan negara.

Mereka berusaha untuk keluar dari isu ini tetapi pada masa ini belum lagi berkemampuan dalam menangani masalah ini. 


Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersetuju dengan keadaan darurat dan keperluan ini dan membenarkan orang Islam melabur dalam ASB, TETAPI, PNB mesti menubuhkan panel syariah mereka untuk memastikan keadaan darurat itu terkawal.



Semoga di suatu hari nanti jika boleh dalam masa terdekat ini, PNB dapat keluar dari keadaan darurat tersebut bagi menjadikan pelaburan ASB bersih 100% dari isu-isu haram. Apabila hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera diklasifikasikan sebagai patuh syariah, mungkin akan lebih ramai pelabur Islam yang akan membuka akaun ASB.

Bacaan lain yang saya syorkan :
 

0 comments:

Post a Comment

Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.