Thursday, December 31, 2015

Ringgit Terus Menyusut

Ringgit terus menyusut dengan nilai direkodkan pada Ogos 2015 sebanyak 3.99 berbanding dolar Amerika. Satu penyusutan yang amat ketara yang terus memberikan tekanan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Ini ditambah pula dengan kejatuhan nilai komoditi yang umum sudah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi sejak sekian lama.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menambat ringgit atau memperkenal kawalan modal bagi membendung kejatuhan nilai mata wang tempatan itu yang kini kira-kira 3.99 berbanding dolar, kata Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Keadaan sekarang tidak memerlukan langkah seperti itu, katanya.

Ekonomi Malaysia terus kukuh dan banyak perkembangan positif sedang berlaku, katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan 4.9 peratus keluaran dalam negara kasar untuk suku kedua di sini, hari ini.

Keadaan yang ekstrem adalah apabila kita terjerumus ke dalam kemelesetan yang serius. Kita tidak menjangka (perkara itu berlaku di sini) kerana kita telah menstruktur semula ekonomi kita," katanya.

Selain itu, negara ini tidak kekurangan akses kepada kredit yang menjadi satu lagi kriteria keadaan krisis ekonomi yang ekstrem, kata Zeti.

photo gabenor bank negara malaysia

Pada suku kedua, pembiayaan bersih berkembang 8.3 peratus dengan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana meningkat 17.2 peratus. 

Ringgit Terus Menyusut

Zeti berkata, reaksi spontan seperti menambat ringgit dan kawalan modal akan hanya memberi kesan sementara manakala turun naik dijangka berterusan beberapa bulan lagi sehingga ketentuan mengenai arah dasar dalam ekonomi utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Beliau berkata, sama seperti mana pengurangan program rangsangan ekonomi AS sebelum ini, sebaik sahaja keadaan kembali normal, pasaran kewangan akan menjadi stabil.

Gabenor Bank Pusat itu berkata, ketika ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, regim kadar pertukaran yang fleksibel akan membantu negara mengurangkan impak daripada perkembangan luaran.

"Jika kadar pertukaran tidak menyelaras, impak perkembangan luaran akan lebih menjejaskan kita," katanya.

Zeti berkata, impak penyusutan nilai ringgit masih boleh diuruskan dengan beberapa kesan baik dan buruk kepada perniagaan.

Menurutnya, perniagaan dengan konten import yang tinggi menghadapi peningkatan kos tetapi perniagaan berorientasikan eksport akan mendapat manfaat daripada pertambahan pendapatan.

Penyusutan nilai ringgit, katanya, mempunyai kesan sederhana ke atas perbelanjaan isi rumah kerana harga komoditi global dan bahan api domestik yang rendah, mengurangkan tekanan inflasi.

Bagaimanapun, Zeti berkata, Bank Pusat akan terus memastikan pasaran berfungsi secara teratur bagi mengelak gangguan kepada aktiviti perdagangan dan perniagaan.

Daripada 1 September 2014 hingga 11 Ogos tahun ini, ringgit telah merosot 20.1 peratus berbanding dolar US berikutan kelemahan harga komoditi dan minyak mentah berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah di AS.  - Bernama

Sumber : Sinar Harian 13/8/2015

Turut merasai tempiasnya ialah kedudukan harga saham terus jatuh selari dengan kedudukan nilai ringgit di pasaran antarabangsa. Wajarkah pelabur menarik kembali pelaburan mereka? Ikuti penjelasannya di sini - Harga Saham Jatuh.

Monday, August 24, 2015

Harga Saham Jatuh

Kedudukan saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur terus jatuh. Lanjutan daripada itu, kedudukan Nilai Asset Bersih produk-produk Saham Unit Amanah yang berasaskan ekuiti, juga turut menerima tempiasnya.

Adakah wajar pelabur-pelabur Saham Unit Amanah berhenti menambah pelaburan apabila harga saham jatuh?

Jawapannya ialah TIDAK. Anda dinasihatkan untuk terus melabur kerana inilah masa terbaik untuk membuat pelaburan baru ataupun menambah pelaburan sedia ada. Secara matematik, membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi merupakan sasaran yang sepatutnya diamalkan oleh setiap pelabur. Bahkan pelabur-pelabur di BSKL juga seharusnya mengambil pendekatan yang sama.


Teruskan membeli unit-unit baru pada saat harga saham jatuh kerana anda akan mendapat jumlah unit yang besar. Pengumpulan unit-unit dalam kuantiti yang banyak menjadikan anda pelabur yang berjaya apabila nilai pasaran meningkat di kemudian hari. Melaburlah dengan bijak kerana skim pelaburan Saham Unit Amanah adalah pelaburan bertempoh sederhana lama hingga ke tempoh yang panjang.

Dollar Cost Averaging.



Pelabur Ditipu Ahli Perniagaan

Kes-kes penipuan berkaitan pelaburan tidak pernah lekang dari bahan berita akhbar. Baru-baru ini sekumpulan pelabur yang ditipu oleh ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai perniagaan berasaskan produk kecantikan, membuat laporan polis selepas mengetahui mereka tertipu dengan helah ahli perniagaan tersebut. Kes pelabur ditipu ahli perniagaan bukanlah perkara baru kerana sebelum ini pun telah banyak kes yang seumpamanya berlaku di Malaysia, cuma bila bercakap mengenai untung besar yang dijanjikan, menjadikan mangsa terpukau.

KUALA LUMPUR – Seramai 30 individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3 juta apabila wang yang dilaburkan di dalam perniagaan berasaskan kecantikan dan kosmetik 'hangus' akibat ditipu oleh seorang wanita.

Salah seorang mangsa, Mohd. Shayuti Mahmood, 35, berkata, wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang mendakwa dirinya sebagai pengasas produk kecantikan itu gagal untuk membayar balik wang pelaburan mereka sejak Mac lalu.

pelabur kena tipu
Pelabur Ditipu Membuat Laporan Polis
"Perniagaan tersebut dikatakan beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan wanita itu membayar wang keuntungan secara berperingkat-peringkat selepas sebulan perniagaan dijalankan namun, sejak Mac lalu dia gagal untuk membayar kembali wang pelaburan dan keuntungan kepada pelabur.

"Kami ada menghubungi wanita berkenaan untuk meminta dia membayar kembali wang pelaburan namun, dia memberi alasan kononnya pihak bank tidak membenarkan dia membuat transaksi dalam jumlah yang banyak," katanya kepada Kosmo! selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kelmarin.

Ujarnya, wanita berkenaan juga sempat melancarkan produk terbarunya pada bulan Mac lalu serta melantik seorang penyanyi lelaki yang merupakan juara program realiti televisyen sebagai jurucakap produk.

Jelasnya, wanita yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook itu juga memperdayakan para pelabur apabila mengeluarkan sebanyak empat buku cek untuk membuat pembayaran beberapa bulan lalu namun, kesemuanya merupakan cek tendang.

Sumber Artikel: Akhbar Kosmo

Janganlah kerana inginkan pulangan cepat pada kadar keuntungan yang tinggi menjadikan kita terlupa akan kemungkinan itu adalah pelaburan berisiko tinggi ataupun lebih teruk lagi, pelaburan yang tidak pernah wujud. Biarlah pelaburan kita itu membawa keuntungan yang sederhana dan dilabur dalam institusi pelaburan yang berlesen.


Friday, August 14, 2015

Penipuan KWSP

Kes-kes yang melibatkan penipuan KWSP dalam usaha membawa keluar wang pencarum oleh pencarum itu sendiri agak membimbangkan. Ini membawa kepada penurunan tahap keyakinan pencarum terhadap KWSP. Pencarum sudah mula terfikir adakah mungkin wang mereka pula dikeluarkan oleh orang lain tanpa disedari oleh sesiapapun sehinggalah apabila tiba masa pengeluaran sebenar di usia 50 tahun, mereka jatuh pengsan melihat baki akaun hanya sedikit sahaja. Semoga pihak KWSP dapat terus meningkatkan tahap verifikasi yang baik dari masa ke semasa. Tahap verifikasi mestilah diaudit setiap tahun bagi memastikan setiap elemen verifikasi dipatuhi untuk menghindari kes-kes penipuan KWSP.



KUALA LUMPUR 23/1/2013 - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memfailkan 29 saman mahkamah terhadap pencarum yang terlibat dalam kes penipuan pengeluaran sepanjang tahun lepas.
   
Dalam tempoh yang sama juga 24 pencarum telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran perumahan dan hilang upaya manakala 19 kes lagi masih menunggu tindakan mahkamah.
   
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata selain itu dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lepas, lima pencarum KWSP didapati bersalah oleh mahkamah di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 kerana menipu pengeluaran perumahan dan dikenakan denda berjumlah RM16,000.
   
Justeru beliau mengingatkan para pencarum dan individu lain agar tidak melibatkan diri dalam penipuan pengeluaran simpanan KWSP.
   
"KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penipuan sepertimana yang diperuntukkan di bawah AKTA KWSP 1991," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Affendi berkata mereka yang sabit kesalahan di bawah akta itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
   
Beliau berkata KWSP mempunyai sistem komprehensif yang membolehkan agensi itu mengesan sebarang kegiatan penipuan pengeluaran atau percubaan menipu walaupun setelah simpanan berjaya dikeluarkan.
   
Beliau menasihatkan para pencarum agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket yang kononnya menawarkan pertolongan untuk membantu mengeluarkan simpanan KWSP dengan bayaran yang tinggi.
   
"Pencarum yang layak dan ingin membuat permohonan pengeluaran hendaklah terus berurusan dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma," katanya.
   
Nik Affendi berkata para pencarum yang berhadapan dengan sebarang bentuk penipuan atau cubaan menipu berkaitan KWSP, perlu melaporkannya terus kepada KWSP dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/tipu-pengeluaran-kwsp-saman-29-pencarum-1.124514


Tuesday, June 30, 2015

Statistik Pengagihan Pendapatan Pelaburan ASB

Tidak dinafikan Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali dengan ASB merupakan saluran pelaburan paling popular rakyat Malaysia sejak sekian lama. Berikutan dengan promosi besar-besaran sejak dari awal penerbitannya yang cukup sinonim dengan iklan "Merah sangatla mak ngah" ataupun "Anak kau tu Sin, cerah masa depan" menjadikan produk keluaran Permodalan Nasional Berhad ini laris sepanjang zaman.

Jika dilihat dari statistik pengagihan pendapatan pelaburan ASB sejak dari tahun 1990 sehingga tahun 2014 mencatatkan penurunan.

agihan ASB semakin kurang


Pada tahun 1990, pengagihan pendapatan ASB amat baik dengan pulangan 8% dividen dan 6% bonus, adalah amat memberasangkan minat pelabur untuk terus menambah pelaburan. Serentak dengan itu pihak bank berlumba-lumba menawarkan pinjaman ASB dengan kadar faedah yang rendah.

Namun demikian pulangan ASB mula menurun sejak tahun 1997 berikutan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia. Penurunan pengagihan pendapatan pelaburan ASB berterusan sehingga tahun 2002 yang merekodkan pulangan yang semakin stabil pada kadar 8-9%.

Sewajarnya jika fenomena ini berterusan, maka, pelabur sudah boleh mencongak apakah peratusan pendapatan yang akan diterima 5 tahun lagi. Masihkah ia kekal pada paras 8-9% atau turut terjejas dengan penurunan nilai matawang ringgit pada hari ini, 30-Jun-2015?

Pelabur yang bijak akan mula mengambil langkah yang lebih proaktif dengan menjenguk tingkap-tingkap pelaburan lain yang memberikan pulangan yang tinggi berbanding ASB tetapi berisiko rendah. Antaranya adalah pelaburan dalam saham Unit Amanah yang berisiko rendah. 

Penjelasan lanjut mengenai perbezaan saham Unit Amanah dan ASB boleh dilayari di blog ini. Klik di sini jika ingin mengetahui perbezaannya.

Wednesday, June 03, 2015

Pelaburan ASB Berbanding Pelaburan Lain

Duit sepertimana tumbuh-tumbuhan boleh dibiakkan jika tahu caranya. Kalau tak dibiakkan, ia jadi terbantut jika disimpan dibawah bantal. Memangla banyak simpanan bila dihitung untuk satu jangkamasa yang lama tapi adakah itu simpanan yang efektif.

Contoh kalau korang simpan RM100 setiap bulan dan simpan bawah bantal, berapakah jumlah terkumpul selepas 30 tahun.

Katalah mula simpan pada umur 25 tahun sewaktu mula bekerja dan berapakah jumlah terkumpul selepas usia mencapai 55 tahun.

Data :

RM100 sebulan selama 30 tahun. Jadi secara logiknya, kalau aku simpan RM100 sejak aku umur 25 tahun, menjelang 55 tahun aku akan dapat....

1 tahun = 12 bulan
30 tahun = 360 bulan

Menabung RM100 sebulan, maka, pada umur 55 tahun...

        360 bulan x RM100 = RM36,000

Tapi Financial Ruler kata, kita akan dapat RM352,991. Betul ke?

Cuba tengok pada imej dibawah.

cara gandakan wang dengan mudah

Data yang dimasukkan ialah simpan RM100 sebulan dan maklumat yang dikeluarkan oleh Financial Ruler jika dibandingkan dengan pelaburan ASB ialah :

RM 69,636 jika interest (pulangan) 4%
RM 100,954 jika interest (pulangan) 6%
RM 150,030 jika interest (pulangan) 8%
RM 227,933 jika interest (pulangan) 10%
RM 352,991 jika interest (pulangan) 12%
RM 700,982 jika interest (pulangan) 15%

Pelaburan ASB Berbanding Pelaburan Lain

Jika mengandaikan pulangan dari ASB ialah 10% (8% dividen + 2% bonus), anda akan memperolehi RM 227,933 selepas 30 tahun didalam pelaburan ASB.

Apakah bentuk pelaburan yang boleh memberikan pulangan sekitar 12% - 15% setahun? Jawapannya ialah pelaburan Saham Unit Amanah.

Takkan la pulak Financial Ruler tipu. Begitulah cara kiraannya menurut formula compounding interest.




Monday, May 25, 2015

Labur Wang KWSP Dalam ASB2

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengambil langkah positif dengan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan sebahagian dari wang dari Akaun 1 untuk dilaburkan dalam Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).
_____________________________________


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memasukkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ke dalam senarai dana Skim Pelaburan Ahli (SPA). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Mohamad Nasir Ab Latif, berkata skim itu membenarkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam Akaun 1 untuk pelaburan dalam dana unit amanah yang diluluskan. "Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli KWSP akan dimaklumkan mengenai tarikh kuat kuasa penyenaraian ASB2 ke dalam SPA KWSP. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) berkata pemilikan ekuiti individu Bumiputera akan dipertingkat melalui pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP untuk pembelian unit ASB2.

Petikan Dari : http://www.bharian.com.my/node/56539
_____________________________________

Sepertimana yang dinyatakan, hanya 20% sahaja yang dibenarkan. Ya, 20% dari akaun 1 yang melebihi had Simpanan Asas.
Untuk memahami dengan lebih jelas, dapatkan info di sini. Pengiraannya adalah sama cuma belum dapat dipastikan berapakah had Simpanan Asas bagi ASB2. 

Thursday, May 07, 2015

Wajarkah BR1M Ditukar Dalam Bentuk Unit Amanah Saham

Usul yang dibentangkan berkenaan pemberian BR1M dalam bentuk Unit Amanah Saham seharusnya diberi perhatian. Secara dasarnya ini adalah usul yang baik kerana mendidik rakyat Malaysia mengenali apa itu Unit Amanah Saham khususnya kaum Bumiputera yang rata-ratanya hanya mengenali Amanah Saham Bumiputera sahaja sedangkan terdapat cabang pelaburan dalam Unit Amanah Saham.

Sebenarnya kaum bukan Bumiputera seperti kaum Cina telah lama menabung didalam Unit Amanah Saham kerana mereka tidak berpeluang melabur dalam ASB. Tambahan pula pulangan yang diberikan oleh ASB adalah kecil berbanding pulangan dari Unit Amanah Saham. Jika anda ingin mengenali lebih dekat berkenaan Unit Amanah Saham, silalah layari sisipan artikel di sini.

Pelaburan Saham Unit Amanah Dan ASB

Berbalik kepada persoalan Wajarkah Wang BR1M Ditukar Dalam Bentuk Unit Amanah Saham? Panda pandangan saya, jawapannya adalah YA. Kenapa? Andaikan 80% sahaja yang menjual balik saham-saham yang diperuntukkan, kita masih ada 20% yang kekal melabur dalam Unit Amanah Saham. Sudah tentu ia akan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana wang tersebut dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat besar yang menjana ekonomi negara. 

Ramai yang masih tidak faham kaitannya di sini berkaitan wang yang dilabur terhadap pertumbuhan ekonomi. Saya faham sebab bukan semua belajar ekonomi termasuklah saya. Tapi untuk pemahaman mudah, kita labur RM500 dalam unit amanah saham, dengan duit itu ianya dilaburkan ke syarikat telekomunikasi lah katakan, maka, syarikat telekomunikasi dapat membeli peralatan berteknologi canggih dan berjaya menambat lebih ramai pelanggan. Seterusnya syarikat telekomunikasi mendapat keuntungan lalu berkongsi keuntungan dengan syarikat unit amanah. Syarikat Unit Amanah Saham pula berkongsi keuntungan dengan para pelaburnya. 

Mereka yang tergolong dalam 20% itu pula pada tahun-tahun yang berikutnya akan berkongsi berita keuntungan dengan kawan-kawan lalu menjadi viral. Jangan terperanjat jika untuk tahun-tahun yang akan datang, akan lebih ramai yang tidak menjual balik lot Unit Amanah Saham mereka. Usul ini pada peringkat awal memang nampak macam tak menjadi tetapi lama-kelamaan angka 20% akan meningkat kepada 25%, 40%, ....60%. Mungkin la, mungkin, apa-apapun kerajaan kena cuba dahulu baru tahu hasilnya dalam 5 tahun.

br1m bantuan rakyat 1 malaysia
_______________________________________
Parlimen Belia mahu BR1M ditukar ke unit amanah

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Belia Malaysia hari ini secara dasarnya bersetuju sistem pembayaran secara tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada pembayaran melalui unit amanah.

Wakil Pahang, Mohd Firdaus Abd Samad ketika menggulung usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara, berkata mekanisme ini dilihat lebih efektif kepada aliran tunai kerajaan.

Wajarkah BR1M Ditukar Dalam Bentuk Unit Amanah?

"Sekiranya BR1M ini diberikan dalam bentuk unit amanah, ia akan ada tempoh matang, jadi dalam masa lima tahun katakan, kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan wang tunai untuk pemberian BR1M, sebaliknya pembayaran seterusnya boleh dibuat menggunakan dividen," katanya.

Usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara itu dicadang Jawatankuasa Sosio Ekonomi dan diluluskan sebulat suara oleh speaker dewan iaitu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kedua di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Antara lain, usul itu turut mencadangkan supaya satu jawatankuasa atau badan seumpamanya ditubuhkan di peringkat Parlimen bagi mengkaji jurang pendapatan negara.

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu Alif Rosli yang menarik perhatian bahawa selain pembayaran melalui unit amanah, kerajaan juga boleh menggunakan sukuk.

"Ini adalah antara beberapa mekanisme, yang lebih sesuai untuk jangka masa panjang, berbanding pembayaran secara one-off, yang mana jika diberikan kepada rakyat pun akan dihabiskan dalam masa yang pendek," katanya.

Dalam pada itu, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Suhail Mohamed Kamaruddin mempersoalkan juga sekiranya perlu lagi kajian ke atas ekonomi rakyat diadakan, memandangkan sudah wujud beberapa badan yang mengadakan kajian sama.

"Unit Perancangan Ekonomi negara pun dah buat kajian dan disokong Jabatan Statistik, tetapi persoalannya kenapa jurang pendapatan ini masih wujud di skala tinggi," katanya.


Sumber : Astroawani.com

Tuesday, March 31, 2015

Jenis-jenis Pelaburan Saham

Ilmu melabur amat jarang dimiliki oleh seseorang terutamanya orang Melayu. Jika kita pergi ke syarikat-syarikat sekuriti, jangan terperanjat akan kelihatan warga emas berbangsa Cina duduk melepak depan skrin TV.

Apa yang asyik sangat dengan skrin TV tu?
Ha...mereka asyik melihat turun-naik harga saham secara Live. Bila naik aje nilai sesebuah kaunter saham itu, maka, bersoraklah mereka mengalahkan orang yang meraikan gol di stadium bolasepak.

Ilmu melabur itu semamangnya dimiliki oleh bangsa Cina kerana mereka tahu apakah jenis-jenis pelaburan saham yang menguntungkan. Bagi mereka yang malas ke syarikat sekuriti untuk melakukan transaksi jual-beli saham, mereka hanya duduk di rumah atau pejabat dan hanya memberikan arahan kepada remisier untuk menjual lot saham mereka apabila mencecah nilai tertentu. Dah lama jugak aku tinggalkan bidang ini sejak kegawatan ekonomi pada tahun 1997 yang lalu. Sekarang ini pelaburanku lebih kepada pelaburan saham unit amanah.

Jadi apakah jenis-jenis pelaburan saham yang ada sebagai pilihan?
Jangan pening-pening kepala memikirkan yang rumit, cukuplah jika kita lihat kepada beberapa cabang pelaburan yang berikut sahaja :
  • Pelaburan pasaran terbuka - Senang aje, buka suratkhabar dan lihat pada senarai kaunter saham. Cuba ikut sesuatu kaunter itu untuk tempoh tertentu. Ambilkira nilai terendah dalam tahun dan nilai tertinggi dalam tahun. Bila harga rendah, beli manakala bila agak tinggi, jual lot tersebut. Satu (1) lot bersamaan dengan 1,000 unit. Contoh : Jika 1 unit ialah RM2.03, maka, anda perlu ada RM2030.

  • Pelaburan saham ASB - sebenarnya ada banyak lagi saham kelolaan Perbadanan Nasional Berhad tetapi hanya ASB yang ditonjolkan di sini kerana ianya popular. Satu (1) unit bersamaan RM1 dan keuntungan (dividen) adalah sekitar 8%.
  • Pelaburan saham Unit Amanah - satu bentuk pelaburan yang digemari oleh golongan bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Rasanya sekitar 20 tahun dahulu, jarang sekali kaum Melayu memperkatakan tentang saham Unit Amanah. Dengan pelaburan serendah RM100, anda sudah boleh membuka akaun dan membeli unit-unit saham. Pulangan agak baik di sekitar 10% - 15% dan ada ketikanya sehingga mencecah lebih 20%.
Memandangkan kaum Cina tidak dapat melabur didalam ASB, maka, mereka terpaksa memilih bidang pelaburan yang lain. ASB amat popular kerana PNB merupakan syarikat pengurusan pelaburan yang besar dan mempunyai track record yang baik. 

Tetapi, adakah anda sedar bahawa pelaburan saham Unit Amanah memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB/ASN? Pelaburan dalam unit trust juga adalah rendah risiko berbanding saham di pasaran terbuka. Tambahan pula nilai pelaburan minima adalah serendah RM100. Jenis-jenis pelaburan saham yang telah dibincangkan disini adalah lebih umum buat santapan pembaca.

Hubungi saya, jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan saham Unit Amanah. Pastikan anda hanya didekati oleh perunding Unit Trust yang berlesen.

Bacaan yang disyorkan :

Monday, March 30, 2015

Bagaimana Menjadi Ahli CWA Star Club?

Untuk melayakkan anda menjadi ahli dan seterusnya mengekalkan taraf anda sebagai ahli CWA Star Club, anda hanya cuma perlu mengekalkan pelaburan minima RM100,000 sahaja. Ahli kelab CWA Star diberikan tempoh lanjutan sehingga 6 bulan untuk menambah pelaburan sekiranya nilai pelaburan bersih jatuh dibawah paras RM100,000.

Ringkasnya, berikut adalah taraf CWA Star Club :
GOLD : RM100,000 hingga RM500,000
PLATINUM : RM500,001 hingga RM1,000,000
DIAMOND : RM1,000,001 ke atas

Apakah Kelebihannya Menjadi Ahli CWA Star Club?
Dedicated Priority Line
Panggilan anda ditempatkan di barisan menunggu utama sekiranya anda mendail 03-7718 3188 untuk mendapatkan sebarang maklumat dan bantuan yang anda perlukan.

Financial Exclusivity
Berpeluang mendapat tawaran eksklusif berkaitan kewangan, produk-produk terbaru dari masa ke semasa untuk membolehkan ahli membina, mengumpul, melindungi dan mengagihkan kekayaan mereka.

Dedicated Star Club Member's Page
Sebagai ahli CWA Star Club, ahli diberikan keistimewaan untuk melihat rekod transaksi mereka secara online.

Free Insuran Coverage
Anda layak dilindungi dibawah Group Personal Accident dengan Perlindungan Insurans Kecacatan Kekal. Tertakluk kepada syarat dan terma.

Up-to-date Market Updates and Investment Outlook
Anda akan dimaklumkan sepenuhnya tentang keadaan pasaran dengan memberikan maklumat dan kajian pasaran secara menyeluruh.

Quarterly Consolidated Statements
Dengan satu penyata akaun, anda akan dapat melihat ke semua maklumat pelaburan anda dengan lebih kemas dan padat.

Email and SMS Alerts
Jadilah kumpulan pertama yang mengetahui akan maklumat berkaitan produk, promosi dan peristiwa-peristiwa penting.

Private Invitation To Star Club Lifestyle Events and Financial Seminars

Jemputan khas ke majlis-majlis berkaitan kehidupan anda seperti tempat-tempat makan malam yang menarik, tempat-tempat membeli-belah dan aktiviti permainan golf.

Lifstyle Offers
Berpeluang mendapat layanan eksklusif, diskaun, hadiah secara mengejut pada waktu yang tertentu (Tertakluk kepada terma dan syarat).


Tapi langkah awal untuk menjadi ahli CWA Star Club sudah tentulah melabur terlebih dahulu dengan CWA. Ingin tahu lebih lanjut tentang saham Unit Amanah yang berisiko rendah? Pulangan pelaburan yang agak tinggi dalam jangkamasa panjang. Perlu diketahui setiap pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh singkat adalah pelaburan berisiko tinggi.

Semuanya terjawab di sini, Bagaimana Menggandakan Wang Anda.

Sunday, March 29, 2015

Bagaimana Menggandakan Wang Anda?

Sebelum pergi lebih jauh akan apakah bentuk pelaburan yang boleh menggandakan wang anda, eloklah kiranya kita lihat kepada rumusan yang boleh diguna-pakai dalam menentukan bilakah masanya wang anda akan berganda.

Sebenarnya ramai yang bertanya kepada saya apabila saja saya memulakan sesi penerangan tentang maklumat asas mengenai pelaburan saham Unit Amanah. Soalannya berkisar tentang berikut :
  • kalau saya labur 10,000 bila duit saya akan berganda?
  • kalau saya labur 10,000 berapa duit saya selepas 20 tahun?
Apa yang saya nampak di sini ialah setiap manusia itu amat berhati-hati dengan setiap sen yang ingin dilaburkan. Mereka mahu pulangan yang paling maksima untuk tempoh yang singkat. Saya tidak menyalahkan mereka kerana itu memang hak mereka untuk tahu. Akan tetapi saya sentiasa bersikap terbuka untuk menjelaskan kepada mereka bahawa pelaburan didalam saham Unit Amanah adalah pelaburan untuk tempoh masa sederhana panjang iaitu sekitar 5 hingga 8 tahun untuk memastikan objektif pelaburan itu tercapai.

Setiap pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi dalam tempoh singkat adalah pelaburan yang berisiko tinggi. Pelaburan saham Unit Amanah adalah pelaburan dalam kategori rendah risiko.

Bagaimana Menggandakan Wang Anda?

Rules 72 adalah kaedah yang biasa diguna-pakai dalam menentukan gandaan wang anda berdasarkan kepada masa dan peratusan kadar pulangan yang diberi.

Rumus Rules 72 ialah =>   72 dibahagikan dengan kadar pulangan pelaburan atau dividen


Contoh :
Amin melabur RM10,000 dalam pelaburan A yang memberikan pulangan 8% setahun. Berapa lamakah wang 10,000 berganda menjadi 20,000?

Pengiraan : 72 / 8 = 9 tahun


contoh kiraan rules 72
Kiraan Rules 72 Untuk Pelaburan RM10,000
Berdasarkan pada jadual di atas, nilai pelaburan RM10,000 memerlukan masa selama 9 tahun untuk menggandakannya menjadi RM19,990. Ini adalah nilai terhampir bagi input RM10,000.

Itu adalah berdasarkan kepada input pulangan 8%. Bagaimana jika pulangan adalah sekitar 13%? Rasanya anda sudah mampu mengiranya menggunakan kalkulator. Kiralah. Ehmmm.....

Jadi sekarang anda telah pun tahu untuk menggandakan wang anda tidaklah sesusah mana, cuma anda perlu tahu memilih bentuk pelaburan yang sesuai.

Bacaan yang disyorkan :

Friday, March 27, 2015

Saham Syariah Atau Saham Patuh Syariah

Saham syariah adalah ungkapan yang selalu disebut oleh orangramai yang merujuk kepada saham patuh syariah. Saham patuh syariah adalah saham yang telah diberi penilaian oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) mengikut kriteria-kriteria tertentu dan lulus terhadap penilaian tersebut lalu diberikan pengesahan sebagai patuh syariah.

Setakat 30/5/2014 terdapat 665 sekuriti patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Bagi tujuan pengklasifikasian sesebuah sekuriti itu, pihak MPS akan mendapatkan input dan sokongan dari pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan hal-hal yang berkaitan dengan syarikat tersebut. MPS juga akan mendapatkan maklumat-maklumat dari laporan tahunan syarikat ataupun membuat pertanyaan terus kepada pihak syarikat jika didapati perlu.

Melalui SC, pihak MPS akan senantiasa mengkaji dan memantau status syariah sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan kepada dokumen penyata kewangan tahunan terkini yang telah diaudit.

Dalam menentukan sesebuah sekuriti itu tergolong didalam sekuriti patuh syariah, pihak MPS mengguna-pakai pendekatan kuantitatif dua peringkat iaitu tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan. Dengan hal yang demikian, sesebuah sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah sekiranya aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka kekal berada dibawah paras tanda aras.

Pemantauan yang ketat secara penuh berdisiplin sentiasa menjadi amanah dan tanggungjawab MPS untuk memastikan  sesebuah sekuriti itu dinilai kembali atas faktor-faktor "cuaca ekonomi" yang mudah mempengaruhi aktiviti sesebuah syarikat. Kebiasaannya, demi untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar atau demi untuk menjana pulangan modal yang lebih tinggi akan menyebabkan sesebuah syarikat yang pada asalnya menjalankan aktiviti 100% patuh syariah TETAPI kini terlibat dengan aktiviti perniagaan/pelaburan yang tidak patuh syariah. Ini menjadikan peranan MPS itu lebih besar dalam menjaga pelaburan umat Islam di Malaysia.



Bacaan yang disyorkan :

Kenyataan Media Muzakarah JK Fatwa Mengenai Pelaburan ASN & ASB


Kenyataan Media Muzakarah JK Fatwa Mengenai Pelaburan ASN & ASB. Saya memetik petikan berikut di laman web al-ahkam.net. Kenyataan media ini amat sarat walaupun hanya secebis warkah yang ringkas. Saya cuba mencari kesahihan kenyataan media ini di laman-laman web yang lain seperti di www.e-fatwa.gov.my namun tidak berjumpa. Sekiranya pembaca terlihat dimana-mana web selain di al-ahkam.net sila beritahu saya di ruangan komen atau sms/whatsapp Naja 012-4670858.
_______________________________________________________

Kenyataan Media Muzakarah JK Fatwa Mengenai Pelaburan ASN & ASB
Mengenai isu pelaburan ASB dan ASN yang sejak akhir-akhir ini menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu menyebarkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti mengatakan ASB dan ASN adalah tidak patuh syariah. Perkara pertama yang perlu difahami dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak manakah yang diberi autoriti dalam mengeluarkan hukum di Malaysia.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam. Manakala Suruhanjaya Sekuriti pula adalah badan yang antara peranannya ialah membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak berdasarkan garispanduan yang mereka tetapkan, bukan hukum atau fatwa.

Sepertimana semua sedia maklum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa sejak dari tahun 2008 telah pun membincangkan isu pelaburan dalam ASN dan ASB dan telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Keputusan yang dibuat ini adalah dengan melihat ruang lingkup yang luas bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar terhadap sosio ekonomi Umat Islam.

Sebagai badan pengeluar hukum yang diberikan autoriti oleh Ulil Amri, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menggunakan kaedah-kaedah serta dalil-dalil yang diiktiraf syarak. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar'iyyah. Berbeza dengan metodologi Suruhanjaya Sekuriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah yang antara lain mengadaptasi pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan.

Sebagai badan yang diberikan peranan menentukan hukum hakam dalam isu-isu bersifat nasional seperti isu pelaburan ASN dan ASB ini, Jawatankuasa Fatwa melihat kekukuhan ekonomi umat merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah selaku Ulil Amri, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi masakini, yang menampakkan umat Islam tertinggal jauh di belakang. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Setiap hukum yang diputuskan bukan hanya melihat dari satu aspek tertentu sahaja dan tidak melibatkan sebarang tanda aras berbentuk angka untuk memutuskannya sebagai halal, harus atau haram. Tetapi hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah, menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar.

Dalam menentukan hujah keharusan dalam pelaburan ASN dan ASB ini, ada pihak-pihak yang berceramah di sana sini mengatakan hukum yang dikeluarkan oleh Muzakarah tidak mengikut syarak kerana berhujah menggunakan maslahah. Adalah sangat tidak tepat jika ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa hujah bersandarkan maslahah ummah mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum. Semua pihak perlu memahami bahawa prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan.
Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama, umat Islam dan negara. Jawatankuasa Fatwa amat kesal sejak kebelakangan ini terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba menimbulkan keraguan kepada masyarakat awam dengan memuatnaik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) (rekod surat-bertarikh 2009) yang mengatakan bahawa pelaburan ASN dan ASB sebagai tidak patuh syariah. Juga beberapa orang penceramah sentiasa membangkitkan isu haram melabur dalam ASN dan ASB ini dengan pelbagai hujah, dan dikatakan keputusan Muzakarah itu adalah menyimpang kerana ahlinya tidak mempunyai ilmu atau kepakaran dalam bidang ekonomi Islam. Semua pihak perlu maklum bahawa sebahagian daripada ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga turut/pernah menjadi ahli pakar di Suruhanjaya Sekuriti.

Di media sosial, blog-blog dan facebook, golongan yang mengakui sebagai ahli pakar ini cuba menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam terhadap status ASN dan ASB dengan merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh SC tersebut. Isu pelaburan ASN dan ASB ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai ahli pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.

Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang telah dibuat telah menimbulkan keresahan yang meruncing di kalangan umat Islam.

Situasi ini memperlihatkan bagaimana gusar dan resahnya umat Islam apabila sesuatu isu yang diperkatakan itu berkait dengan harta yang menjadi tonggak kelangsungan hidup setiap individu. Kegemparan yang ditimbulkan ini, hanya akan merugikan umat Islam sendiri. Adalah lebih bijak sesuatu perbezaan itu dibincang terlebih dahulu dengan pihak berkuasa daripada menimbulkan keresahan kepada masyarakat kerana Jawatankuasa Fatwa sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pandangan yang positif dan konstruktif.

Keputusan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama'i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada para Mufti dan ahli-ahli pakar dalam bidang akidah, fiqh, hadith dan tafsir, muamalat dan sains, dan keputusan dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh pihak pengurusan tertinggi PNB dan juga Majlis Penasihat Shariah PNB sendiri yang terdiri daripada pakar-pakar dan ulama berwibawa tanpa terikat dengan garis panduan atau metodologi badan lain yang jelas mempunyai fungsi yang berbeza.

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan pihak-pihak berkenaan khususnya penceramah-penceramah berkenaan supaya menghentikan tindakan memprovokasi isu-isu yang melibatkan hukum hakam kerana walaubagaimana tinggi sekali pun ilmu dan kepakaran seseorang itu, adalah lebih bijak jika ianya disalurkan dengan cara yang beradab dan memahami terlebih dahulu peranan dan tugas pihak berkuasa serta kaedah dalam berfatwa atau mengeluarkan hukum supaya tidak mengundang kekacauan kepada ramai pihak.

Sekian, terima kasih.

PROF. EMERITUS TAN SRI DATO' DR. ABD. SHUKOR BIN HJ. HUSIN
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
14 Februari 2014
_______________________________________________________

Bacaan yang disyorkan :

Hukum Pelaburan Dalam ASB, ASN dan Seumpamanya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.


Keterangan/Hujah: 

  • Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
  • Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
  • Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
  • Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
  • Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
  • PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
Artikel di atas dipetik dari portal rasmi fatwa Malaysia.

Bacaan lain yang disyorkan :

Wednesday, March 11, 2015

Kesan GST Ke Atas Pelabur

Hari ini semakin ramai yang memperkatakan tentang kesan GST ke atas rakyat Malaysia.

Apakah itu Goods and Service Tax atau ringkasnya GST?
GST bermaksud Cukai Barangan Dan Perkhidmatan yang dikenakan kepada penjual dan pengguna. Ianya menggantikan Sales and Service Tax yang telah sekian lama diguna-pakai di Malaysia. GST akan berkuatkuasa pada 1 Apr 2015.

Kesan GST Ke Atas Pelabur

Bagi para pelabur dalam Saham Unit Amanah, mereka hanya akan dikenakan GST pada yuran dan caj sahaja, bukannya kepada jumlah nilai pelaburan yang ada. Emmm...tentu ramai yang pengsan kalau 6% GST dikenakan pada jumlah pelaburan mereka. Berapa ya...kalau pelaburan RM100K dan GST 6%, Wow! RM6K bayar GST bulat-bulat. Sekali lagi dinyatakan di sini, hanya yuran dan caj yang dikenakan oleh syarikat Unit Amanah sahaja yang dikenakan GST.

Apakah GST Lebih Baik Dari SST?
Untuk mengetahui manakah yang lebih baik, mari kita ikuti keadaan yang berlaku ke atas seorang rakyat Malaysia yang bernama Azli. Azli telah membeli sebuah rumah dan kini dalam proses mengubahsuai rumah tersebut. Beliau telah melantik sebuah syarikat senibina untuk melukis pelan rumah banglo idaman mereka. Beliau juga memberitahu kepada syarikat tersebut bahawa segala urusan berkaitan guaman, dimasukkan ke dalam kos yang perlu dibayar kepada syarikat senibina tersebut.

Berikut adalah caj-caj yang dikenakan :
  • Perkhidmatan Telekomunikasi - Caj RM3,000
  • Perkhidmatan Guaman - Caj RM8,000
  • Perkhidmatan Arkitek - Caj RM49,000

Ikuti penerangan berkenaan cara kiraan SST dan GST. Lihat apakah GST itu lebih buruk kesannya kepada pengguna.


mana lebih baik GST atau SST
Perbezaan Kiraan GST dan SST

Anda akan dapat lihat diakhirnya pengguna lebih mendapat manfaat dengan cara kiraan GST dengan penjimatan sebanyak RM699.60. 

Cuma persoalannya disini, apakah syarikat senibina tersebut berlaku jujur kepada pengguna dengan hanya mengenakan caj sebanyak RM3,000 untuk caj telekomunikasi? Kemungkinan syarikat tersebut mengenakan caj RM3,180 (termasuk 6% GST).

INGAT! Antara tujuan GST dilaksanakan adalah untuk mengelakkan cukai berganda ke atas pengguna.

Apakah mekanisme yang ada pada pengguna untuk mengetahui bahawa mereka tidak dikenakan cukai berganda?


Senarai Syarikat Unit Trust

Memang banyak syarikat pengurusan unit trust yang telahpun beroperasi buat sekian lamanya cuma pelaburan didalam unit trust ini tidak begitu popular dikalangan masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu lebih cenderung memilih Amanah Saham Bumiputera sebagai saluran pelaburan mereka. Amat ketara sekali perbezaan pulangan kedua-dua jenis pelaburan ini. Walaubagaimanapun, keputusan terletak pada diri anda sebagai pelabur.

pulangan modal unit trust

Senarai Syarikat Unit Trust


Berikut adalah senarai Unit Trust Management Companies yang dipetik dari laman web FiMM pada 11/3/2015 1300hrs.
  1. ABERDEEN ISLAMIC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  2. AFFIN HWANG ASSET MANAGEMENT BERHAD
  3. AMANAH MUTUAL BERHAD
  4. AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
  5. AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD
  6. AMANAH SAHAM SARAWAK BERHAD
  7. AMANAHRAYA INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD
  8. AMINVESTMENT SERVICES BERHAD
  9. APEX INVESTMENT SERVICES BERHAD
  10. ARECA CAPITAL SDN BHD
  11. BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD
  12. CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD
  13. EASTSPRING INVESTMENTS BERHAD
  14. FRANKLIN TEMPLETON GSC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  15. HONG LEONG ASSET MANAGEMENT BHD
  16. INTER-PACIFIC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  17. KAF FUND MANAGEMENT SDN BHD
  18. KAF INVESTMENT FUNDS BERHAD
  19. KENANGA INVESTORS BHD
  20. KUMPULAN SENTIASA CEMERLANG SDN BHD
  21. LIBRA INVEST BERHAD
  22. MANULIFE ASSET MANAGEMENT SERVICES BERHAD
  23. MAYBANK ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  24. MIDF AMANAH ASSET MANAGEMENT BERHAD
  25. PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD
  26. PELABURAN JOHOR BERHAD
  27. PENGURUSAN KUMIPA BERHAD
  28. PERMODALAN BSN BERHAD
  29. PHEIM UNIT TRUSTS BERHAD
  30. PHILLIP MUTUAL BERHAD
  31. PMB INVESTMENT BERHAD (formerly known as ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD)
  32. PTB UNIT TRUST BERHAD
  33. PUBLIC MUTUAL BERHAD
  34. RHB ASSET MANAGEMENT SDN BHD (formerly known as RHB INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD)
  35. RHB ISLAMIC INTERNATIONAL ASSET MANAGEMENT BERHAD (formerly known as OSK-UOB ISLAMIC FUND MANAGEMENT BERHAD)
  36. SAHAM SABAH BERHAD
  37. TA INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD
  38. UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
Tercari-cari apakah bentuk pelaburan yang sesuai untuk anda?
Apakah hukum pelaburan ASB? Dapatkan maklumat berkaitannya di sini.

Ejen Unit Trust Berlesen

Mungkin telah ramai yang terkena dengan penipuan licik si ejen unit trust yang tidak berlesen. Dalam ertikata yang lain, mereka bukannya ejen unit trust tetapi mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang unit trust dan mempunyai borang unit trust yang asli ataupun yang di fotokopi.

Ejen Unit Trust Berlesen

Pastikan ejen yang berurusan dengan anda adalah ejen yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FiMM). Anda boleh menyemaknya di sini, Is My Consultant Authorised?. Ringkasnya, untuk mengelakkan sebarang penipuan, anda sebagai pelabur tidak dibenarkan sama sekali untuk menyerahkan wang tunai bagi pelaburan yang anda inginkan. Semua transaksi kewangan mesti menggunakan cek. Caranya anda dikehendaki ke bank untuk mendapatakan bank deraf. Ejen sama sekali tidak dibenarkan untuk menerima wang tunai bagi pihak syarikat saham unit amanah.
periksa
Semak Kesahihan Ejen Sahama Unit Amanah

Teks berikut adalah kenyataan dari FiMM.

BERHATI-HATI TERHADAP ORANG YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN FIMM

FIMM telah mendapat maklumat bahawa terdapat kes penipuan melibatkan pengambilan wang daripada orang ramai oleh orang-orang yang tidak berdaftar dengan FIMM, kononnya, bagi tujuan pelaburan dalam tabung unit amanah.

Orang ramai dinasihatkan bahawa hanya Perunding Unit Amanah yang berdaftar dengan FIMM dibenarkan menjual tabung unit amanah.Orang ramai boleh mendapatkan pengesahan bahawa seseorang itu berdaftar dengan FIMM sebagai Perunding Unit Amanah dengan menghubungi FIMM di talian 03- 2093 2600 (Jabatan Pendaftaran Peniagaan) atau menggunakan kemudahan pengesahan yang disediakan di sini.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang bayaran tunai kepada mana-mana perunding unit amanah atau mengeluarkan cek atas nama mana-mana perunding unit amanah. Bagi bayaran melalui bank draf atau cek, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi syarikat pengurusan unit amanah yang berkenaan untuk mendapatkan panduan mengenai cara pengeluaran bank draf atau cek tersebut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat, aduan atau pertanyaan mengenai penjualan tabung unit amanah oleh orang-orang yang tidak berdaftar dengan FIMM, sila hubungi Biro Aduan FIMM di talian 03-2092 3800 atau e-mel kepada legalcomp@fimm.com.my

Bagi menjelaskan apa itu saham unit amanah secara lebih terperinci, anda boleh menghubungi saya, Naja 012-4670858, seorang perunding saham unit amanah berlesen.

Monday, March 09, 2015

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Ramai orang Islam yang masih tertanya-tanya mengenai status hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera. Memanglah isu halal haram ini agak sensitif. Kalau anda membuat carian di internet berkaitan perkara ini memang banyak sekali yang memaparkan isu ini.

Baiklah, saya tertarik dengan penjelasan isu ini dari Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Inilah intipati berkaitan isu ASB dalam ceramah beliau.

Penerangan PNB
  • Peranan PNB dalam menjaga kepentingan orang Islam dalam pemegangan asset-asset Negara. Dalam hal ini sememangnya PNB berjaya dalam melaksanakan objektif tersebut.
  • Mereka telah membuat syarat dalam pelaburan mereka bahawa tidak ada pelaburan ke atas syarikat yang terlibat dengan urusniaga judi dan arak.
  • Anak-anak syarikat PNB yang lain ada mempunyai penasihat-penasihat syariah.
  • Jumlah wang PNB terlalu besar, sekiranya ingin diletakkan didalam institusi perbankan Islam, ia memerlukan 40 bank bersaiz Bank Islam. Bank yang boleh menerima wang pelaburan mereka adalah Maybank. Dengan penglibatan PNB dengan Maybank, telah ramai orang Islam yang menjadi kakitangan Maybank, kaunter Islam Maybank menjadi yang terbesar, Takaful Maybank menjadi yang terbesar di Asia.
Banyak faktor-faktor yang menyokong niat murni PNB dalam menjaga kepentingan orang Islam di Malaysia tetapi ianya belum cukup sempurna lagi. Sekiranya PNB menarik balik pelaburan dari Maybank, risikonya ialah keruntuhan rangkaian kekuatan orang Islam di Malaysia dari segi kewangan dan pemilikan syarikat-syarikat utama yang menentukan negara.

Mereka berusaha untuk keluar dari isu ini tetapi pada masa ini belum lagi berkemampuan dalam menangani masalah ini. 


Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersetuju dengan keadaan darurat dan keperluan ini dan membenarkan orang Islam melabur dalam ASB, TETAPI, PNB mesti menubuhkan panel syariah mereka untuk memastikan keadaan darurat itu terkawal.



Semoga di suatu hari nanti jika boleh dalam masa terdekat ini, PNB dapat keluar dari keadaan darurat tersebut bagi menjadikan pelaburan ASB bersih 100% dari isu-isu haram. Apabila hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera diklasifikasikan sebagai patuh syariah, mungkin akan lebih ramai pelabur Islam yang akan membuka akaun ASB.

Bacaan lain yang saya syorkan :
 

Pelaburan Saham Unit Amanah Dan ASB

Pelaburan Saham Unit Amanah adalah berbeza dengan pelaburan ASB. Paling jelas ialah, ASB diniagakan secara tetap pada kadar RM1 bagi setiap unit yang dibeli dan RM1 juga pada setiap unit yang dijual, MANAKALA, Saham Unit Amanah adalah diniagakan mengikut nilai semasa.

Amanah Saham Bumiputera
Harga : Beli pada RM1 dan jual juga pada RM1. Setiap 1 unit adalah 1 ringgit.
Soalan : Apa yang untungnya melabur dalam ASB?


Jawapan
Keuntungan dikira pada setiap hujung tahun dan keuntungan dimasukkan ke dalam akaun pelabur pada awal tahun. Sebab itulah kesesakan teruk di pejabat-pejabat Pos Malaysia dan bank-bank yang menjadi ejen ASB. Ingat ye, tidak semua bank menjadi ejen ASB. Kenapa ye? Entahla aku pun tak tau. Mungkin sebab komisyen yang mereka terima tidak tinggi. Kalau di bank sekalipun hanya satu sahaja kaunter untuk urusan ASB. Macam dianak-tirikan aje. Tapi itu lah hakikatnya sebab ASB bukan produk bank tersebut. Ada aku kesah? Anda kena lah faham masalah ini. Jangan salahkan bank pulak. Kalau nak cepat, pergila ke pejabat ASB di bangunan PNB, Jalan Tun Razak ye.

Ringkasnya, cara pengiraan ialah jumlah pelaburan darab peratus dividen yang diumumkan oleh PNB. Nak lebih detail, bacalah posting terdahulu berkenaan Cara Kira Dividen ASB.

keliru apa itu ASB dan Unit Trust
Apa Bezanya ASB dan Unit Trust?

Saham Unit Amanah
Ok, bagaimana pula dengan Saham Unit Amanah?
Nilai sesuatu Saham Unit Amanah adalah sepertimana nilai saham yang diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ianya seperti pasang-surut air laut, ada ketika naik, ada ketika turun.

Harga
Tidak ditetapkan pada nilai tertentu. Beli pada X harga dan jual pada X+- harga. Ooo...bahaya ni, buatnya beli masa harga tinggi, lepas tu jual pula masa harga rendah.

Penyelesaiannya : Jangan jual, simpan dahulu dan berbincanglah dengan perunding Saham Unit Amanah anda untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk menjual unit-unit yang anda ada. Kita perlu tahu dan mesti diberitahu oleh setiap perunding Saham Unit Amanah bahawa pelaburan unit amanah adalah untuk tempoh sederhana lama hingga ke tempoh yang lama. Untuk lebih mudah, pelaburan mestilah sekitar 5 tahun hingga ke 8 tahun untuk memaksimakan keuntungan.

INGAT! Pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi dalam tempoh singkat, adalah pelaburan yang AMAT BERISIKO TINGGI.

Seseorang perunding perlulah beretika dalam proses menerangkan risiko Saham Unit Amanah kepada bakal pelanggannya. Sikap jujur amat penting untuk mengelakkan kesan tempias buruk terhadap perunding-perunding yang lain.

Soalan : Apa yang untungnya melabur dalam Saham Unit Amanah?
Jawapan :
Keuntungan Saham Unit Amanah terbahagi kepada 2 iaitu :
  • pengembangan modal dan
  • pengagihan hasil dividen
Inilah kelebihan yang ada pada Saham Unit Amanah berbanding ASB. ASB hanya memberikan dividen tetapi nilai modal masih tetap sama pada nilai 1 unit = 1 ringgit.

Ambil contoh dibawah dalam pengiraan berikutnya.
Pada 2/1/2013, anda melabur RM50,000 dalam Saham Unit Amanah dan nilai 1 unit pada ketika itu adalah RM1.03. Lima tahun kemudian, anda ingin menjual ke semua saham yang ada dan pada ketika itu nilai saham seunit adalah RM1.45.

Pengembangan modal berlaku atas kesan dari kenaikan harga semasa.

Ilustrasi Pengembangan Modal :


Kiraan :
Unit beli = 50,000 bahagi 1.03 = 48,543 unit
Unit jual = 48543 darab 1.45 = RM 70,388

Keuntungan = unit jual - unit beli = 70,388 - 50,000 = 21,844

Purata untung setahun = 21,844 / 5 tahun = RM 4,368

Banyak tak? Ehmm...tak banyak. Bukan tak banyak, tapi tak cukup lumayan.
Memangla nampak tak lumayan sebab tak diambil jumlah dividen yang diberi.

Keuntungan Dari Hasil Dividen

Ilustrasi Keuntungan Melalui Dividen :
Unit beli = 48,543 unit
Dividen diagihkan = 5 sen, maka, 48,543 x 5 sen = RM2427

Katalah, dividen ini ditunaikan setiap tahun, dan kadar pengagihan dividen kekal 5 sen setiap tahun, maka, RM2427 x 5 tahun = RM12,135

Jumlah Keuntungan Selepas 5 tahun
Keuntungan dari pengembangan modal + Keuntungan dari hasil dividen iaitu RM 21,844 + RM12,315 = RM33,979

Purata untung setahun adalah RM 6,795. Jika ASB memberikan RM 4,000 (8% setahun), yang mana lebih menguntungkan. Tambahan pula pelaburan Saham Unit Amanah boleh dilaburkan ke saluran patuh Syariah (anda boleh ikuti posting berkaitan halal haram ASB dengan klik di sini).

Ikuti kiraan yang lebih detail di posting berikutnya. Di posting ini, saya tidak mahu menceritakan lebih detail tentang pengiraannya kerana tujuan posting ini ialah untuk menerangkan perbezaan pulangan pelaburan Saham Unit Amanah dan ASB.

Tetapi sekiranya anda memerlukan penerangan yang lebih jelas, sila hubungi saya, Naja 012-4670858, seorang perunding Saham Unit Amanah berlesen.


Friday, February 27, 2015

Cara Kira Bonus ASB

Apa yang anda faham tentang bonus? Kita jangan sebut tentang bonus ASB, hanya sebut tentang bonus dari majikan. Apakah faktor-faktor dalam pengiraan bonus oleh majikan?

Antara faktornya :
  • tempoh perkhidmatan
  • keuntungan syarikat
  • disiplin kerja
  • BAIK DENGAN BOSS! Haha...yang ini subjektif sikit.

Dalam hal pemberian bonus ASB, pihak PNB mengambilkira 
  • tempoh kesetiaan pelabur bersama ASB
  • keuntungan ASB
  • disiplin kerja tiada kaitan di sini
  • baik dengan boss pun tiada kaitan di sini sebab pelaburlah boss yang sebenar.

Setelah pihak PNB membuat kiraan keuntungan dan mengumumkan kadar dividen, sistem akan mula mengira dividen dan bonus ke atas semua akaun pelabur. Selalunya pada 2 Januari akan sesak jalan ke bank dan pejabat pos. Masing-masing tidak sabar melihat dividen dan bonus dimasukkan dalam buku akaun mereka. Sebenarnya dividen dan bonus dan dikreditkan tetapi sifat manusia yang lebih teruja jika dapat melihatnya dalam bentuk bercetak. Setidak-tidaknya sebagai pembakar semangat untuk melabur lebih banyak lagi.
gembira
Kami Dapat Bonus 10 Bulan

Cara Kira Bonus ASB

Jumlah Baki Minimum Untuk 120 Bulan Terdahulu  X Kadar Bonus
                             120 bulan

Antara lain, pihak PNB ingin melihat pelabur mengekalkan jumlah wang yang banyak didalam akaun ASB dan bonus ini diberi sebagai satu bentuk insentif buat pelabur. 

Buat mereka yang baru sahaja melabur sudah tentu merasa cemburu melihat bonus yang diterima oleh rakan-rakan yang telah melabur sejak 10 tahun lalu.

Jumlah Bulan Yang Layak Dikira

Kes 1 :
Harun melabur sejak 1 Jan 2008. Pada ketika pengiraan bonus 2014, jumlah bulan yang layak dikira untuk Harun ialah 84 bulan (7 tahun).

Kes 2 :

Amin melabur sejak 1 Jan 1993. Pada ketika pengiraan bonus 2014, jumlah bulan yang layak dikira untuk Amin ialah 120 bulan (10 tahun had maksima).

Cara Kira Bonus ASB Untuk Harun dan Amin
* Untuk memudahkan pengiraan kita andaikan dividen dan bonus yang dibayar untuk tahun-tahun kewangan sebelum 2014 telah dikeluarkan oleh pelabur pada setiap 1 haribulan Januari setiap tahun.


Akaun Harun :
1/1/2008 - melabur RM1000 dan tidak membuat sebarang pelaburan tambahan sehingga Dis 2014.


Jumlah pelaburan sehingga Dis 2014 ialah = RM1,000
Jumlah bulan layak dikira = 84 bulan

Jumlah baki minimum dari Jan 2008 hingga Dis 2014 x Kadar bonus
                           120
(84,000 / 120) x 1% = RM 7

Akaun Amin :
1/1/1993 - melabur RM1000 dan tidak membuat sebarang pelaburan tambahan sehingga Dis 2014.

Jumlah pelaburan sehingga Dis 2014 ialah = RM1,000
Jumlah bulan layak dikira = 120 bulan

Jumlah baki minimum dari Jan 2005 hingga Dis 2014 x Kadar bonus
                            120

(120,000 / 120) x 1% = RM 10
Buku Pelaburan ASB
Buku Pelaburan ASB

Ulasan :
Amin yang melabur lebih awal dari Harun menerima bonus RM10 berbanding Harun yang hanya menerima RM7. Nilai ini nampak kecil kerana kita menggunakan nombor-nombor kecil sebagai contoh dalam pengiraan bonus. Kita juga mengandaikan dividen dan bonus dikeluarkan oleh mereka pada setiap 1 haribulan Januari setiap tahun. Jika mereka tidak mengeluarkan wang dividen dan bonus, akan jelas kelihatan akaun Amin jauh lebih tinggi kerana beliau telah menerima dividen dan bonus sejak tahun 1993. Dan juga dividen serta bonus ini jika tidak dikeluarkan, akan meningkatkan jumlah dividen dan bonus untuk tahun berikutnya kerana jumlah baki akaun telah meningkat.

Jelas sekali lebih lama anda melabur, lebih tinggi ganjaran bonus yang diterima. Inilah sebahagian dari bentuk insentif yang diberikan oleh PNB.

Bacaan yang disyorkan => Cara kira dividen ASB.